Friday, June 28, 2013

Nissan Almera tak jimat minyak

Sejak akhir-akhir ini aku dapat rasakan yang kereta Nissan Almera VL yang aku guna agak tidak menjimatkan minyak. Tempat kerja dengan rumah tidak sampai 10km. Tidak perlu melalui atau meredah jalan yang jem. Cuma kadang-kadang kena berurusan disekitar Masai atau pun Pasir Gudang. Tapi minyak cuma dapat bertahan setakat 3 hingga 4 hari sahaja.


Bila isi tangki penuh cuma boleh pergi 351km sahaja. 

Bila hari kedua guna , bacaan boleh pergi dah jadi 294km sahaja. 

Isi tangki penuh tu pun masa nak balik kerja dan bacaan hari kedua tu selepas balik kerja. Rasa macam tidak logik sebab dikhabarkan jarak setangki penuh almera boleh mencapai jarak 600km. Iye, aku faham sebab aku bawa kereta untuk pemanduan dalam bandar yang memungkinkan banyak penggunaan minyak dan brek. Tetapi kenapa bila aku isi penuh bacaan meter tak mencatat 600km. Adakah disebabkan aku isi minyak di kawasan bandar. Tetapi kalau aku isi di pam minyak sekitar lebuhraya boleh tercatat 600 km pula. Mustahil. Aku bawa kereta pun bukanlah secara melulu. Slow & steady je. Jerebu juga rasanya bucan punca catatan tersebut. Mungkinkan meter digital tersebut sudah rosak? Hanya juruteknik Tan Chong sahaja dapat merungkainya. Tetapi ini bukan persoalan mudah kerana melalui pembacaan aku, masalah seperti ini seperti tiada penyelesaiannya. Atau sememangnya catatan tersebut memang catatan rasmi untuk semua kereta almera seluruh negara. Banyak persoalan bermain difikiran yang malas untuk aku fikirkan.

Untuk rekod, aku tidak membuat sebarang modifikasi kereta ini. Tayar standard saiz 15, rim sport pun tidak diganti walaupun rupanya agak tidak menarik perhatian aku. Untuk servis, kini sudah menghampiri servis ketiga iaitu 10,000 km. Aku pun ada terbaca dalam internet mengenai permasalahan ini. Tetapi kes tersebut berbeza dengan aku sebab mereka ada menukar rim dan tayar kepada saiz 17. Aku pulak apa kes?

Sekarang ni aku simpan sahaja kereta dirumah sebab sakit hati. Aku bawa kereta kancil yang tersayang tu pergi kerja. Lagi jimat minyak. Isi tangki penuh RM30 boleh sampai 4 atau 5 hari pergi dan balik kerja. Jimat kan?


Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman mengenai perkara ini, diharapkan dapat memberikan komen yang dapat membantu mengurangkan kesakitan hati ini yang terguris dengan janji-janji manis yang telah dilemparkan kepada kami. Isk...

Monday, June 17, 2013

Kegagalan Laparoskopik batu hempedu

Ummi sekarang ni dah takde hempedu dah. Hempedu dah kena buang sebab sudah membengkak dan ada batu-batu yang sudah pecah yang boleh memudaratkan. Belum tau lagi apa kesannya atau keburukannya kalau dah takde hempedu ni. Aku percaya hempedu ni ada fungsi yang penting dalam tubuh badan kita. Setiap kejadian yang dijadikan itu pasti ada fungsinya yang tersendiri. Yang aku tau, hempedu ni berfungsi sebagai penapis atau pengurai lemak dan minyak. Oleh itu kalau hempedu dah tiada kerja-kerja hempedu akan diambil alih oleh hati dan jantung. Maka beban tugas yang dipikul oleh organ-organ tersebut semakin berat dan mudah untuk terjejas. Entah betul atau tidak kena buat kajian lagi.

Alhamdulillah pada dan 7.00 petang hari Jumaat 14/06/2013 Ummi telah selamat di bedah setelah melalui proses kegagalan Laparoskopic berikutan kesan kemalangan 7 bulan yang lepas. Pembedahan perut akibat kemalangan tersebut telah menghadkan fungsi laparoskopic tersebut yang mana banyak organ dan dan bahagian-bahagian dalam perut melekat dan hempedu tidak dapat dicapai dan dibuang melalui kaedah ini.

Justeru, Dr Lee, pakar bedah di Hospital Penawar Pasir Gudang telah membuat keputusan untuk membuat pembedahan atau belahan di bawah rusuk kanan untuk mengeluarkan hempedu tersebut bagi mengelakkan komplikasi lebih teruk kepada Ummi.

Hari ini dah masuk hari ke-5 Ummi duduk di wad Hospital Penawar Pasir Gudang. Nasib baiklah kami dilindungi insurans. Bayangkan kalau kami tidak dilindungi Insurans tapi perlu menempuh saat-saat dimasukkan di wad kecemasan Hospital Penawar yang memang terkenal dengan caj nya yang mahal. Mungkin masih ramai yang masih mengambil ringan keperluan insurans dalam kehidupan masa kini yang sangat terdedah dengan penyakit-penyakit yang tidak disangka-sangka akan kita hidapi bahkan sekiranya kita ditimpa kemalangan adakah kita bersedia untuk menerima khidmat Hospital Kerajaan yang terlalu sibuk dengan terpaksa menempuh kerenah birokrasi yang bukan semua orang mampu menghadapinya. Aku akan menulis mengenai peri pentingnya Insurans dalam kehidupan kita kerana aku telah mengalami saat-saat kecemasan yang tidak dijangka sama sekali dan insurans telah membantu aku sekeluarga dari dibelenggu hutang dan mendapat khidmat perubatan yang lebih baik berbanding Hospital kerajaan.

Semoga Ummi cepat sembuh dan semoga kami lebih tabah dalam menempuh dugaan-dugaan yang mendatang. Harapan aku, semoga kehilangan hempedu ini tidak mengganggu kesihatan Ummi dan kami boleh hidup dengan gembira dan membina kehidupan yang ceria.

Wednesday, May 22, 2013

Lidah Jin berbunga lagi...

Saban tahun pokok lidah jin yang aku tanam berbunga. Tapi tahun ni meriah sikit sebab ada lebih 5 pokok yang berbunga. Dulu tak pernahpun perasan pokok lidah jin ni boleh berbunga. Tapi bila dah tanam sendiri dan nampak perkembangannya barulah perasan pokok ni boleh berbunga.





Nampaknya memang tak misteri lagilah sebab memang setiap tahun pokok ni berbunga. Cuma mungkin setiap tahun pokok ni akan bergilir-gilir berbunga. Satu lagi, pokok lidah jin ni berbunga tidak sekata iaitu tidak berbunga dalam satu masa yang sama. Mungkin berganti-gantilah kot.
posted from Bloggeroid

Tuesday, May 21, 2013

Bandar Layangkasa

Bandar Layangkasa kini sedang rancak dalam pembinaan. Aku jangka peratusan siap 60% la kot.
Tapi jalan masih belum dibuat untuk taman ni. Mungkin tunggu pertusan siap lebih sikitlah agaknya. Fasa pertama Bandar Layangkasa kalau ikut jadual sepatutnya siap pada tahun ini. Tapi kalau tengok gayanya mungkin tahun depan baru siap.



Untuk fasa yang kedua, aku dapat cerita yang kerajaan telah membeli unit-unit tersebut untuk dijadikan unit rumah PRIMA. Harga yang dijangkakan melebihi RM 180,000.00. Masih beruntung untuk mereka yang membeli rumah Bandar Layangkasa ni untuk fasa yang pertama.

Tapi aku dengar, mereka yang membeli rumah Bandar Layangkasa ni sebelum pelancarannya dulu, harga yang ditawarkan lebih murah dari harga yang dilancarkan. Bayaran guaman untuk transfer fee & loan juga dikhabarkan jauh lebih murah. Mereka hanya perlu bayar beberapa ratus sahaja. Aku pulak kena bayar lebih kurang 5000.00. Banyak juga bezanya tu. Harga rumah pun beza banyak juga. Berbelas ribu jugalah bezanya. Aku cuma sedar adanya Bandar Layangkasa melalui poster pelancaran tahun 2011 dulu. Kalau tak memang tak taulah kewujudan taman ni.

Dikhabarkan juga, sebuah Hospital akan dibina di Bandar Layangkasa ni. Tapi tahun bila tak taulah. Rasanya mungkin 10 tahun lagi kot. Pembangunan sekitar kawasan Bandar Layangkasa ni nampaknya agak lambat. Mungkin bila dah ada orang yang tinggal kat sini barulah pembangunan tu lebih cepat.

Permasalahan besar yang akan dihadapi mereka yang tinggal di Bandar Layangkasa ni ialah dari segi jaringan jalanraya yang tidak efisyen. Bagaimana mereka yang bekerja di Masai, Seri Alam dan kawasan sekitarnya merempuh kesesakan jalan di Felda Cahaya Baru, Taman Scientex, Pasir Gudang dan Pekan Masai. Telah sedia maklum setiap pagi dan petang akan berlaku kesesakan jalanraya yang teruk di Taman Scientex dan Pekan Masai. Semoga kerajaan dapat memikirkan sesuatu untuk membantu menyuraikan masalah kesesakan ini dengan membina jalan-jalan alternatif yang lain.

Wednesday, May 8, 2013

Pengemis Tegar Masai

Kepada sesiapa yang selalu berurusan di pekan masai dan seri alam, pasti selalu nampak kelibat pengemis ni.



Seawal jam 8 lebih, pengemis ni akan berlegar sekitar Taman Rinting dengan meredah kedai-kedai makan dengan memberi salam dengan telonya yang agak pelik sambil menunjukkan buku-buku agama sebagai bahan kasihan sambil menunjukkan isyarat cari makan. Bila tengahari pulak dah ada kat sekitar Maybank Masai.



Pastinya pengemis ni bukan orang tempatan. Namun menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki dengan cara yang paling mudah tanpa gangguan mana-mana pihak. Semoga ada pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat membasmi perkara ini kerana saya pasti pengemis ni pasti ada masalah dengan dokumen imigresen yang dipunyai.
posted from Bloggeroid

Pasar Karat Rengit

Sesiapa yang pernah sampai ke Pekan Rengit pasti tahu akan kewujudan tempat menjual barang terpakai. Yang tak pernah sampai pun dah banyak yang tahu akan kewujudan tempat ni. Pembeli barangan ini tidak terhad kepada orang Johor. Tapi sehingga negeri-negeri pantai timur dan utara Malaysia. Mereka yang datang ni akan membawa lori dan akan memborong sebanyak mungkin barangan ni dan akan dijual balik ditempat mereka.

Kawasan jualan barangan terpakai ni terletak di kuala sungai rengit. Peniaga barangan ini terdiri daripada masyarakat orang asli laut yang juga dikenali sebagai orang kuala oleh masyarakat tempatan. Barangan yang dijual terdiri dari perkakas rumah, perabot, barangan elektrik, kasut, peralatan bayi dan banyak lagi dan semuanya barangan terpakai yang dibawa masuk dari Singapura. Seperti sedia maklum tempat pembuangan sampah di Pulau kecil ni sangat terhad. Justeru mereka akan mengeksport 'sampah' mereka ini ke luar negara dan negara yang bersedia menerimanya adalah Malaysia. Menjadi polisi masyarakat Singapura yang majoritinya tinggal dirumah flat, mereka hanya menggunakan barang-barang rumah mereka terutamanya barangan elektrik mengikut tempoh-tempoh tertentu. Contohnya lima tahun. Selepas itu mereka akan melupuskan barangan tersebut kerana menurut mereka tahap kecekapan penggunaan barangan tersebut sudah tidak efisyen.

Walaubagaimanapun, banyak orang yang menerima manfaat dari lambakan barangan terpakai ini. Selain menjadi sumber penghasilan utama masyarakat orang asli Rengit, ia memberikan peluang kepada masyarakat umum untuk memiliki barangan keperluan pada harga yang agak murah.



Sebagai anak jati Rengit, saya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat sendiri suasana jualan barangan terpakai yang boleh digelar pasar karat dan tidak seperti di Johor Bahru yang pasar karatnya hanya menjual sedikit sahaja barangan terpakai dan banyak menjual barangan dari China.


posted from Bloggeroid

Friday, April 19, 2013

Panggilan telefon dari 'Telemarketer Penipu'

Aku percaya ramai yang pernah menerima panggilan telefon dari syarikat-syarikat yang entah apa-apa entah yang menawarkan skim insurans yang berkaloberasi dengan syarikat-syarikat seperti AEON, Celcom, Maxis dan lain-lain lagi. Panggilan ini memang merimaskan kerana seboleh-bolehnya mereka akan cuba sedaya upaya mempengaruhi kita untuk memenuhi atau melanggan produk mereka.

Justeru pendedahan ini yang aku ambil dari blog Mazidul Akmal Sidik mungkin boleh dijadikan panduan dan pedoman apabila kita menerima panggilan-panggilan yang akan membuat kita termenung apabila kita terpedaya dengan kata-kata mereka.

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.
"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.
"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.
"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.
"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.
"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.
"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.
"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami  attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali  kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.
Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan sama.
Di bawah, gambar bekas pejabat Elis. 
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.
"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos.  Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.
"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.  Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600  Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.
Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.
"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.
Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"
"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan  tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua  tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira  menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 
"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.
"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.
Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.
"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.
Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.
"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi  atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.
"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk  pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.

Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.
NOTA 
Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer laintidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.

Monday, April 1, 2013

Roti Canai Kaki Ayam Hj Abas

Tajuk entri ni bukanlah bermaksud makan roti canai sambil berkaki ayam. Tapi makan roti canai bersama kaki ayam yang dimasak hingga lembut dan reput.



Kedai roti canai ni terletak di Pekan Rengit, Batu Pahat. Sememangnya Pekan Rengit terkenal dengan 'ceker ayam' dan soto nasi. Rugi kalau tak rasa kedua-dua makanan ni kalau sampai ke Rengit.



Roti canai Haji Abas ni buka waktu malam je. Menu utama, roti canai ceker ayam dan satu lagi nasi lemak. Menu lain memang takde. Jangan haraplah dapat makan nasi goreng kalau makan kat situ. Gigit kaki ayam jelah..



Mungkin ada yang geli geleman tengok kaki ayam yang dimasak sehingga empuk dengan membayangkan keadaan ayam di reban. Tapi ayam ni pun macam pokok kelapa juga, semua apa yang ada pada ayam ni boleh digunakan dan boleh dimakan... Hehe.. Jangan takutla, sebab kaki ayam ni telah melalui kaedah cucian yang bersih dan suci. Oleh sebab itu, makan lah tanpa was-was.
posted from Bloggeroid

Rayuan Haji tahun 2013

Pagi tadi aku dahpun fax & email surat rayuan haji untuk kedua ibu dan bapa aku. kalau nak ikutkan mereka ni hanya dapat mengerjakan haji pada tahun 2034. Selama 21 tahun lagi. Sekarang umur abah dah 59 tahun dan mak 57 tahun. Lagi 21 tahun umur mereka 80 dan 78 tahun. Mampu lagi ke mereka nak mengerjakan haji.

Untuk rekod, mak & abah hanya mendaftar haji pada tahun 2010. Kami adik-beradik mula menyimpan untuk tabung haji mak dan abah ni sejak tahun 2007. Kalau tak silaplah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekarang duit tabung haji tu dah cukup untuk mak dengan abah pergi haji. Tapi belum ada rezeki. Macamanapun aku tetap akan berusaha untuk membuat rayuan agar mereka dapat pergi haji dalam masa terdekat ni. Surat rayuan ni akan aku hantar kat Tabung Haji Johor kat Jalan Ayer Molek.

Semoga urusan rayuan ini dipermudahkan. Dan kalau rayuan ini berjaya,tentunya kami amat berbangga kerana berjaya menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada kedua ibu dan bapa kami.

Thursday, March 21, 2013

Nissan Almera Review

Selepas hampir 2 bulan aku guna Nissan Almera ni, aku rasa agak selesa guna Almera ni. Antara sebabnya ialah, Nissan Almera ni agak lembab pickupnya. Sesuailah dengan cara pemanduan aku yang sabar dan tenang... hehe.. buat ape nak bawak laju-laju, nanti minyak cepat habis.



Dari segi luaran, potongan agak menarik. Pandangan dari depan seolah-olah sebijik kereta yang besar dan mewah.







Pandangan dari belakang kalau sekali pandang nampak menarik. Tapi kalau tengok betul betul dari arah belakang ataupun semasa bergerak, rasa macam ada yang tak kena je design spoiler tu. Macam ada yang tak lengkap. Tapi susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Untuk makluman aku beli kereta ni siap dengan bodykit sekali. Kalo takde bodykit tu rasanya macam togel je. Seperti seekor dugong menggelepor atas jalan raya.



Dari segi interior pulak, walaupun kelihatan seperti seekor kodok yang sedang tersenyum, namun masih boleh diterima selain ruang kabin terutama tempat duduk belakang yang sangat luas & selesa. Orang yang tinggi dan kaki panjang takde masalah duduk kat belakang tu. Bonet pun besar dan harga pun besar... Hehe.. Kete yang aku beli ni taklah murah sangat. Untuk rekod, kereta yang aku ambik ni full spec Almera VL tambah dgn body kit impul.

Walaupun full spec tapi tak banyak kelebihannya. Cuma keyless future, sportrim, dual air bag dan automatic tempreture utk aircond. Radio pun biasa-biasa je. Takde teknologi yang boleh nak dibanggakan kalo dibanding dengan kenderaan lain yang sekelas dengannya.

Dari segi pengendalian, bagi yang pernah bawa persona, rasanya handling persona lagi mantap dan suspension pun lagi mantap persona. Aku tak taulah kalo orang lain bawak.

Secara umumnya bagi aku aku selesa bawak Almera ni sebab keluarga yang semakin membesar dan aku pun bukan suka sangat bawak kereta membabi buta. Rilek kan lebih selamat. Lagi satu aku rasa harga untuk Almera ni tak lah jatuh macam terjun bangunan macam kebanyakan orang kata sebab permintaaan untuk model nissan yang satu ni sangat menggalakkan. Dan aku beli kereta ni untuk jangka masa panjang disamping kos penyelenggaraannya yang agak murah sebab setiap 10000 km baru servis. Bak orang kata Alah membeli menang memakai. Tepuk dada tanya selera. Yang penting ada ongkosnya pak...
posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

Gambar Anggota Polis Dipenggal Lanun Sulu Dan Cebisan Hati

dd
Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk didedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas sulu! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!..kejam giler..YA Allah,bantulah kami melawan manusia2 yang kejam ni…berikut sumber gambar oleh utusan.
ddd
Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala – UTUSAN
dd
Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini – UTUSAN

Perang Sulu : Antara Realiti dan Sandiwara

OPS DAULAT : MALAYSIA STRIKE BACK
SYABAS ATM DAN POLIS


1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA 
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power”  disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

SYABAS MALAYSIA

Thursday, February 28, 2013

Mydin @ Masai

Pasaraya Borong Mydin akan dibuka di Taman Rinting, Masai. Tarikh dijangka siap pada tahun ni juga. Tapi tak taulah sempat atau tidak ianya beroperasi pada tahun ni. Buat masa ini kerja-kerja tapak baru je bermula. Lokasinya berhampiran simpang utama Taman Rinting iaitu di Jalan Sena.

Lepas ni akan semakin banyak pilihan barang dengan harga yang kompetitif dapat diperolehi oleh penduduk sekitar Masai dan Pasir Gudang. Lokasi-lokasi pasaraya borang lain yang berhampiran adalah, TESCO Seri Alam, TESCO Extra Plentong dan juga Giant Plentong. Nampaknya makin tersepitlah peniaga-peniaga runcit ataupun pasarmini-pasarmini yang berhampiran. Walaubagaimanapun pengguna akan mendapat manfaat yang besar dengan adanya Pasaraya Borong Mydin ni. Persaingan harga akan semakin sengit dan akan menguntungkan pengguna yang bijak.

Untuk kami, dah tak perlu lagi untuk membeli-belah di Mydin, Bandar Baru Uda dan juga Mydin Nusajaya. Jimat sikit duit minyak kereta. Untuk rekod, kami pernah ke Melaka semata-mata berbelanja di Mydin Hypermarket. Sampai bermalam di Melaka untuk persiapan Hari Raya. Lepas ni dah tak payahlah nak susah-susah pergi jauh-jauh untuk dapat harga yang murah.



posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13, 2013

Bowling Tertutup Wak Hairi






Cuti raya cina yang lepas kami ambil kesempatan untuk bermain bowling kat BP Mall. Semua ada kecuali abah yang kena pergi jemputan kawin dan Ijam yang kena balik ke Felda Jengka. Dah lama tak main bowling. Bila main rasa janggal lak. Main suka-suka je. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai dan main bowling ramai-ramai ni. Yang menang biasalah... aku ler... hehe. Yang menang Paris la.. 161 pin. Rekod aku paling bagus 185 point. Dah tak pernah capai dah. Dulu zaman belajar mungkin fokus tu lebih sikit kot. Sekarang dah banyak lupa... hehe..

Sunday, February 10, 2013

I-City Shah Alam

Kami berkesempatan melancong ke I-City pada bulan lepas (27-01-2013). Itu pun tak merancang utk pergi kesana. Tujuan utama ke Lembah Klang ni adalah untuk menghantar seorang adik form 5 (Nurhaleesa), kami panggil kakak sebab beliau adalah merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga Wak Hairi. Kakak ni terpilih untuk program ke negara Jepun oleh kementerian pelajaran untuk menimba pengalaman dan melihat sendiri bagaimana pemulihan rakyat Jepun yang terjejas oleh bencana alam dan kesungguhan mereka untuk membina semula kehidupan selepas diranapkan oleh tsunami dan gempa bumi.

Lepas hantar kakak tu, kami bedal sate kajang samuri untuk menu makan tengahari.



Dah kenyang bedal sate tengahari buta, kami berehat di rumah kakak kepada ummi di Saujana, Kajang. Masa kat rumah tulah aku terfikir utk pergi ke I-City ni. Maklumlah tak pernah sampai. Dulu masa belajar kat Bangi rasanya I-City ni takde lagi kot. Alang-alang dah sampai Lembah Kelang ni takkan nak balik JB terus kot. At least kita berpoya-poya kat KL la...hehe..

Sampai I-City dah nak senja. Terus check in Hotel kat dalam I-City tu. Harga tak mahal, RM150 je. Pergi mana-mana dalam I-City ni jalan kaki je.



Lepas maghrib mulalah operasi merayau ke I-City ni. Pemandangan yang menarik kerana seluruh I-City dihiasi lampu-lampu neon yang bewarna warni sambil boleh bermain permainan ala-ala Genting. Harga tiket utk main boleh tahan gak.



Esok paginya kami sambung lagi jalan di I-City ni. Trick Art Muzium atau Galeri lukisan 3D yang sangat menakjubkan dan mengujakan. Rasanya inilah tempat paling best kat I-City ni. Sebenarnya banyak tempat yang sempat kami redah. Ada rumah salji, padle pop city, taman tema air dan banyak lagi yang belum kami teroka.









Insyaallah ada kesempatan kami akan kembali semula menerokai I-City pada masa depan...
posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Menyusuri sungai muar

Kali pertama naik bot menyusuri sungai muar. Walaupun selalu balik Parit Jawa, tapi tak pernahpun naik bot kat sungai muar ni. Barulah kali ni sampai seru utk naik bot tu. Sebelum ni kalau pegi kat Tanjung cuma tengok je bot tu berlalu bawa pelancong. Tapi kali ni kami yang jadi pelancong.

Tambang RM 10 dewasa dan RM 5 utk kanak2. Oklah tu... Kalau naik bot kat sungai melaka lagi mahal kot. Dah tak ingat la. Dah lama sangat naik dulu. Rasanya dah 4 tahun lepas naik bot kat sungai melaka tu dulu.

Pemandangan macam biasa je. Yelah sebab dah selalu nampak. Cuma bezanya kali ni nampak dari tengah sungai. Satu pengalaman yang agak menarikla juga. Sesiapa yg belum pernah naik bot sambil menjamu mata melihat pemandangan amat di galakkan untuk menaiki bot ni...






posted from Bloggeroid

Tuesday, January 15, 2013

Buang batu karang hempedu tradisional

Tarikh 20/12/2012, hari jadi ummi ke-30... Dah byk juga umur tu. Selamat ulangtahun dan semoga dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikuatkan semangat untuk menghadapi hari2 yang mendatang dengan penuh sabar selepas peristiwa 5 November 2012 yg lepas..

Sebenar bukan nak cerita pasal jari jadi... Tapi pasal buang batu karang yang dah bersarang kat hempedu. Batu karang ni disedari ada kat hempedu sejak masa mengandungkan Najmi dulu. Empat hari juga terlantar kat HSA jb sebab batu karang ni. Tapi tak boleh buat ape sebab tgh mengandung. Sampailah ummi kemalangan ari tu batu karang tu masih kukuh bersarang kat hempedu, malah makin membesar.

Masa bulan 12 ari tu ummi ada appoinment batu karang ni kat HSA jb. Hasil pemeriksaan doktor ckp kena buat pembedahan, tak boleh buat Laparoskopi sebab takut ada komplikasi akibat pembedahan masa kemalangan ari tu. Asyik dah bedah je.. Sebab tu kami ambil keputusan utk buang secara tradisional.

Mula2 tu kami nak buat kat Melaka. Ustaz batu karang yg glamer kat durian tunggal tu. Tapi masa malam nak pegi tu check balik rupanya hari Rabu 20hb tu tak bukak. Kebetulan ada kawan cadangkan bawak pegi kampung permatang duku kat Benut utk buang batu tu.

Jadi pagi2 20hb tu kami bertolak ke Kampung Permatang Duku Benut dengan membawa harapan menggunung utk buang batu karang tu. Sampai je depan rumah Hj Ramdzan ni... Kami disambut dan kebetulan hujung minggu tu Hj Ramdzan ni nak melangsungkan majlis kawin cucunya. Maka ramailah orang bergotong-royong pasang balai masa tu. Tapi orang yg dptkan rawatan cuma ummi je.. Takdepun orang lain.

Mula2 dia scan guna limau nipis yg telah dibelah kat bwh buku lali kaki kanan. Dia ckp byk toksin ni... Kena buang dulu baru bole buang batu karang tu. Aku diam aje masa tu. Pastu dia cakap upah buang batu RM200.00. Fuh! Mahalnye... Ada pulak upah. Dengar kawan2 ckp dgn baca kat blog bagi seikhlas hati. Tapi kenyataannya keluarkan batu RM200 belum campur duit ubat. Terus aku terdiam. Dia ckp dia bukan bomoh. Kalau yang kat Melaka tu bomoh besar. Ada juga yg dah buat rawatan kat melaka dtg jumpa Hj Ramdzan untuk buat rawatan susulan. Katanya bomoh kat Melaka tu hanya boleh keluarkan sebiji batu utk sekali rawatan. Tapi dia ni boleh keluarkan sekali hadap je. Untuk meyakinkan kami, dia tunjuk buku2 pelawat yang ditulis oleh semua orang yg pernah dtg buat rawatan dgn dia ni. Termasuk kerabat sultan Brunei pun pernah datang kesini. Entah betul ke tak aku pun tak tau.

Pastu dia gelek2 telur kat rusuk kanam Ummi. Kemudian pecahkan telor tu ada nampak merah2 kat isi telor tu. Kolesterol dgn darah kotor katanya.



Pastu gelek2 lagi telur lagi sebijik kat rusuk tu. Pastu pecahkan telur ada pulak nampak putih2. Dia suruh Ummi cari sendiri batu tu. Jumpa batu 2 biji. Tapi rasa lain macam sikit sebab rupa batu tu mcm batu karang dilautan.







Tapi aku positifkan aje masa tu. Harap2 hilang betullah batu kat hempedu tu. Lepas tu dia bagi ubat2 herba utk di makan. Harga ubat RM 212.00 sahaja. Ye, RM 212.00 sahaja. Campur upah keluar batu karang, semua RM 412.00 sahaja. Memang tak disangka2 kena byr camtu byk sekali. Ingatkan tak habis 200 berubat kampung ni. Tapi nak buat macamana dah terlanjur. Dlm hati aku tetap cuba positifkan yg batu tu dah betul2 hilang. Kalau betul hilang berbaloilah juga aku hantar Ummi ke Permatang Duku ni. Kalau buat kat Hospital pakar pun kena byr co-insurance RM1000.00. Jimat RM600.00. Lagipun perut baru kena bedah. Tak bagus kalau kena bedah lagi..







Pada 9 Januari 2013, kami pegi jumpa Dr Pakar utk sahkan batu tu ada lagi atau tak. Keputusan scan menunjukkan masih ada lagi batu kat hempedu Ummi. Menurut Dr tu, batu tu tak mungkin keluar dari hempedu. Kalau dari pundi kencing mungkin juga. Sebab bentuk batu dari hempedu 100% lain dari batu yg dikeluarkan. Siap Dr ckp dia pun boleh kaya kalau jual batu dari hempedu. Dia boleh supply batu2 tu kat mana2 bomoh batu karang. Ralatnya lah buang batu cara kampung ni. Inilah kali pertama kami berubat cara kampung dan inilah juga kali terakhir kami berubat cara kampung.

Nampaknya kena buang juga pundi hempedu Ummi tu. Dr Lee dari Hospital Penawar tu ckp dia boleh buat Laparoskopik. Tak perlu nak bedah. Harap2 betullah boleh buat Laparoskopik. Tunggu ummmi betul2 recover baru buat Laparoskopik tu...isk..

Batu karang hempedu telah hilang. Sila ke link ini.
posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Test Drive Nissan Almera

Hujung bulan Disember 2012 adalah minggu yang paling sibuk untuk kami. Ini adalah kerana kami perlu membuat keputusan untuk beli rumah dan lain-lain perkara yang perlu diputuskan sebelum menjelang 2013. Selepas kehancuran kereta VIOS pada 5hb November 2012 yang baru kami gunakan selama 5 bulan, kami perlu pertimbangkan untuk beli kereta lain untuk gantikan VIOS tu. Kalau tahun 2009, Ummi pilih Proton Persona dan tahun 2012 aku pilih VIOS dan kali ini aku beri kebebasan sepenuhnya untuk Ummi pilih kereta apa yang nak kami beli. Ummi dah fobia kereta terpakai. Lagi satu fobia dengan warna hitam. Tapi kereta hitam lah yang aku suka. Tapi takpelah, biarlah kali ini Ummi yang pilih.


Pada 26/12/2012 kami test drive Nissan Almera VL. Dan terus Ummi berkenan dengan kereta tu. Dah booking pun kereta tu. Harga RM 81,300 termasuk body kit Impul. Warna putih. Full spec. Dah test drive Honda City pun Ummi masih idamkan Nissan Almera. Lebih luas dan selesa katanya. Aku ok ajelah. Janji Ummi suka dan rasa selamat bila memandu.



Sekarang tunggu loan approve dan dalam masa sama tunggu claim total loss VIOS selesai. Claim total lost tu sebenarnya kalau ikutkan dah selesai pun. Tapi aku ambik keputusan untuk buat rayuan kes tu. Manalah tau boleh dapat claim lebih lagi. Kena la tunggu lagi 2 minggu untuk settle kes tu. Harap-harap semua settle menjelang Februari 2013. Insyallah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...