OPS DAULAT : MALAYSIA STRIKE BACK
SYABAS ATM DAN POLIS
SUMBER:militaryofmalaysia.net
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan
Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat
kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint
operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang
telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang
yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke
200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan
pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
(Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila
berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah
diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua
pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan
dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi
kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
(Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat,
maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang
menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung
oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan,
anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya
setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan
mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian
biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut
untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah
dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel
automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga
bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan
mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada
jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong
kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup
dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang
menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong
Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan
penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga
maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau
anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa
yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi
berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas
kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong
pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya
buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan
kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal
kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak
mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih
tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk
menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku
sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian
saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek
saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di
negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak
dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan
data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang
sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan
serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari
mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan
PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih
kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah
apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi
ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara
untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang
menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta
agensi kerajaan lain.
28.Negara-negara jiran lain secara
teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation”
ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang
berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang
berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan
gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam
lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan
gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya
terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang
di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan
keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita
ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat
panggilan telefon ke Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini
terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk
menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki,
Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah
komunikasi.
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan
perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di
atur gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami
bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana
rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan
sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan
Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini
untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan
negara kita.
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience
versus Fire Power” disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti
pahlawan yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu
di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua
pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan
Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib
semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang
berhadapan dengan negara berdaulat.
SYABAS MALAYSIA
No comments:
Post a Comment