Wednesday, October 6, 2010

Persaraan yang menyusahkan guru...

Pernahkah kita terfikir bila kita ingin meraikan bos kita yang akan bersara, yang mana kita pula kena keluarkan wang saku RM50.00 seorang untuk membiayai kos majlis tersebut. Adakah menjadi tanggungjawab kita untuk mengeluarakan belanja untuk majlis sebegitu (majlis rasmi).
Tetapi inilah yang berlaku di sebuah sekolah di negeri Johor. Sebuah sekolah yaang tidak berapa cemerlang dalam akademik mahupun Ko-Kurikulumnya. Semasa persaraan orang paling kanan disekolah tersebut, pengarah projek persaraan tersebut telah mengutip RM50.00 seorang dari setiap guru di sekolah tersebut dengan tujuan meraikan hari yang penuh bermakna dan hari yang akan paling diingati oleh pesara tersebut. Kalau ada 30 orang guru, bermakna RM1500.00 berjaya dikumpulkan. Itu belum tambah lagi duit dari KEBIRU yang dikutip dari setiap guru pada setiap bulan. Berapalah agaknya belanja persaraan tersebut ye. Dikhabarkan majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa membabitkan murid-murid sekolah dan hanya dihadiri oleh guru-guru, wakil dari pej. pendidikan daerah dan wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri selain murid-murid yang terlibat dalam acara persembahan sahaja. Majlis tersebut dilengkapi dengan pelamin yang ditempah khas, cederahati pun ditempah khas namun yang peliknya guru-guru yang lain pun dapat cenderahati yang ditempah khas untuk memperingati majlis tersebut. Bukan satu tapi dua cenderahati. Sungguh meriahnya majlis tersebut. Beberapa bulan lagi akan berlangsung lagi majlis persaraan untuk seorang lagi orang kanan sekolah ini. Bayaran RM50.00 dari setiap guru telah mula dikutip untuk memastikan kemeriahan majlis tersebut.

Persoalannya, wajarkah majlis persaraan di adakan sebegitu rupa. Memeras duit guru yang kini semakin sukar untuk menuntut belanja-belanja perjalanan, photostat dan lain-lain belanja berkaitan. Terpaksa menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah. Terpaksa menderma setiap kali pihak sekolah ingin menjalankan aktiviti-aktivitinya. Mungkin ada yang beranggapan guru sekarang manja, cuti banyak dan banyak kemudahan. Usah dibandingkan guru dulu dengan guru sekarang. Jangan banding murid dulu dengan murid sekarang. Segalanya telah berubah seiring dengan peredaran zaman dunia tanpa sempadan. Saya bukanlah seorang guru, namun amat prihatin dengan nasib yang menimpa guru-guru pada hari ini. Sesiapa yang menjadi guru mahupun mereka yang ada hubungkait dengan guru akan lebih memahami masalah ini.

Oleh itu, pada pandangan saya, adalah lebih elok majlis persaraan guru disekolah diadakan secara bersederhana tanpa membebankan mana-mana pihak. Pastinya dengan cara ini, majlis tersebut akan lebih diberkati dan diingati. Bukan dengan menunjuk-nunjuk seolah-olah sekolah mempunyai dana besar untuk penganjuran malis seperti itu sedangkan kecemerlangan murid-murid adalah lebih penting dari segalanya. Jangan hanya indah khabar dari rupa, sumbangan tak seberapa tetapi habuan nak gila-gila.....

Sunday, July 11, 2010

Foot Patch Detox

Berikut dipaparkan harga runcit yang disyorkan untuk produk Foot Patch Detox TERKINI. Walaubagaimapun anda boleh membeli dengan harga yang jauh lebih murah sekiranya menjadi agen syarikat kami (sehingga 30% lebih murah - *tertakluk dengan terma dan syarat). Sila hubungi kami (Email atau telefon) untuk maklumat lanjut.

Senarai Harga Runcit Foot Patch Detox


Harga Runcit : RM 30.00
Kandungan : 10 keping FPD (Dengan pelekat)



Harga Runcit : RM 32.00 (Kotak)
Kandungan : 10 keping FPD (Dengan pelekat)



Harga Runcit : RM 2.70 sekeping (Dengan pelekat)
* Tanpa bungkusan (Loose)

Semua harga diatas adalah tidak termasuk kos penghantaran (courier charges).

Semua kepingan Foot Patch Detox kami didatangkan dengan pek perak (Silver Pack) yang lebih berkuasa dan eksklusif dengan lebih daya serapan untuk keberkesanan maksimum.

Sila email untuk dapatkan sebut harga terbaik dan pendaftaran agen.

Saturday, June 19, 2010

Penagih gula...

Gula oh gula....mana perginya gula. Risau kalau tengok gula takde kat dapur tu. Nak buat air macamana? Nak masak macamana? Nak buat kuih macamana?...senang cerita, kalau takde gula kat dapur tu macam tak sempurna je. Pergi kedai makan pun nak air manis, beli air tepi jalan pun nak air manis jugak...semua bergantung pada gula. Memang dari kecil sampai dah dewasa ni kehidupan kita sangat sinonim dengan gula. Budak-budak pun selalu disogok dengan gula-gula. Kecil-kecil lagi dah dibiasakan dengan gula. Macamanalah hidup kita nak sihat. Banyak penyakit yang datang.


Realitinya pada hari ini pengambilan gula rakyat negara ini sebenarnya telah melebihi had yang disyorkan. Bayangkan semua makanan dan minuman yang kita makan mempunyai kandungan gula. Memanglah kalau takde gula semua yang kita makan tu tak sedap. Tapi yang sedap tulah yang akan membawa musibah buruk pada hari yang mendatang.Waktu muda ni memanglah tak rasa lagi. Yelah, masa ni sistem tubuh badan kita masih bagus...tapi bila sudah menginjak usia tua nanti, banyaklah yang akan kita rasa. Masa tu barulah kita nak kawal itu dan ini. Betul tak? Orang kata, selagi boleh makan ni kita makanlah, nanti kalau dah sakit dah tak boleh makan....betul ke?...cuba jengok-jengok statistik sakit-sakit yang disebabkan pengambilan gula yang berlebihan ni...takut beb...

Dalam pada itu, isu ketiadaan gula dalam pasaran ni memang dah jadi trend. Terutamanya dah dekat musim-musim perayaan. Tapi bukan semua perayaan. Khusus perayaan untuk orang islam je. Kalau tak percaya tengok harga ayam. Perayaan lain takde pun isu nak naikkan harga.Pada tahun baru yang lepas (01/01/10) kita telah dihidangkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Baru beberapa bulan reda, timbul balik isu ni. Sampai ada pula yang nak boikot penjualan gula apabila diminta memohon lesen untuk menjual / membekal gula. Kenapa semua ini berlaku.

Pada saya, keadaan ini adalah disebabkan monopoli ekonomi oleh sesuatu bangsa. Pengilang, pemborong/pembekal adalah dikalangan satu bangsa sahaja. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran. Tidak perlu mengikut teori keluk permintaan dan penawaran, mereka dengan mudahnya mengawal atau menentukan harga pasaran. Apa yang kerajaan boleh buat? Hanya berunding?. Seperti yang telah diketahui umum, kerajaan telah membayar subsidi kepada pengeluar untuk meminimumkan harga barang pengguna ini. Pengeluar dan pembekal barangan ini sedang menekan kerajaan untuk mendapat lebih subsidi ataupun menaikkan lagi harga gula dipasaran.

Saya jangkakan buat masa ini kerajaan akan berunding dengan pengeluar dan pembekal ini agar dapat memberikan satu tempoh sebelum harga dapat dinaikkan ataupun ditambah subsidi. Dalam keadaan kerajaan sedang membina 'muhibbah' atau nama baik yang dipandang tinggi oleh rakyat, kerajaan tidak akan tergesa-gesa menyusahkan rakyat kecuali selepas pilihanraya umum yang bakal menyaksikan mereka memegang kembali tampuk kuasa pemerintah. Pada masa itulah kerajaan sedikit demi sedikit menaikan harga barang keperluan dan menarik subsidi secara berperingkat-peringkat.

Justeru, masalah ini akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi melalui perundingan kedua-dua belah pihak tanpa ada kenaikan harga.Sehari selepas rundingan ini selesai, kita akan dapat lihat gula akan kembali memenihi rak-rak gula yang sejak akhir-akhir ini kosong, bahkan sehingga tak muat pula rak nak di isi gula dengan stok yang baru. Kita fikirlah mengapa keadaan sedemikian berlaku. Tepuk dada tanya selera.

Wednesday, May 19, 2010

Jom Heboh 2010


Jom Heboh, program kebanggaan TV3 Johor Bahru telah berlangsung di Teluk Danga pada 24 & 25 April 2010 yang lepas. Macam tahun-tahun yang sebelumnya, seperti tiada perubahan dalam penganjuran tahun ini. Pengisian program seperti kebiasaannya. Tiada yang istimewa yang boleh dikenangkan. Kali ini kami pergi bertiga, tahun depan....hehehe... mungkin berempat...insyaallah. Tahun ni, anak kami (Nisrina) telah kehilangan rantai dan loket kesayangannya. Mungkin hilang semasa berasak-asak nak beli barang-barang makanan yang di jual oleh peniaga yang berniaga kat situ.Dah bukan rezeki kami agaknya. Takpelah, ada rezeki nanti beli yang lain. Selain tu sempatlah juga Ayu bergambar dengan pengacara rancangan 'jalan-jalan cari makan'edisi yang dulu. Siapa lagi kalau bukan Maria Tengku Sabri. Personaliti yang lain cuma dapat tengok ajelah...ramai sangat orang. Semasa berjalan-jalan tu, terjumpa booth Permata Hijrah. Terasa juga nak cuba produk Permata Hijrah ni. Tapi tidak berpeluang. Terlampau ramai sangat orang kat situ. Sambil tu kami di hiburkan dengan persembahan Nasyid Hijjaz...Niat dihati nak ambil gambar dengan Munif. Tapi apakan daya, tak dapatlah. Lain kali ajelah...

Saturday, April 24, 2010

Labu Aneh... Pelik....


Saya pasti semua orang tau apa itu buah labu. Labu adalah sejenis sayuran yang hidup menjalar diatas tanah. Labu ni biasanya dimasak lemak. Fuh sedapnya....makan dengan ikan goreng sekali dengan sambal belacan. Terliur beb...



Tapi apa yang saya nak cerita kat sini adalah ciri fizikal labu yang ayah saya (Mohd Hairi Barni) tanam. Lazimnya labu berbentuk seakan bulat. Seperti yang kita selalu nampak. Tapi labu yang ayah saya tanam ni semua berbentuk memanjang. Iye, memanjang... pelik bukan? bukan satu buah je, tapi semua buah pokok tu memanjang. Tiada satupun yang bulat. Inilah labu manis panjang yang pertama saya jumpa sepanjang hidup saya. Carian dalam internetpun tak jumpa lagi aktikel atau gambar mengenai labu panjang ni.


Alkisah, En Hairi ni tanam labu ni menggunakan biji benih labu manis biasa. Biasa, yang jual kat kedai tu. Bila tumbuh pokoknya macam pokok labu biasa. Membesarpun macam pokok labu biasa. Tiada apa pun yang luar biasa. Tapi bila berbuah ia semakin memanjang dari sehari ke sehari. Semua buahnya memanjang. Saya pun tak tau apa puncanya. Nak kata faktor tanah tak mungkin. Sebelum ni pokok labu yang tanam kat situ berbuah macam biasa je. Cuma pokok yang ni je...heran juga ye.



Labu ni kalau kita masak, macam labu biasa juga. Cuma saya rasa macam lebih manis dan lebih sedap...mungkin boleh dikomersilkan. Boleh jadi usahawan labu berjaya ni. Tapi apa nak letak nama labu ni ye... labu panjang. Tak best pulak sebutannya. Labu tinggi...tak sesuai. labu belon panjang...hehehehe.... apa-apa ajelah. Kejadian alam... besarnya kekuasaan tuhan...

Friday, April 16, 2010

Foot Patch Detox


Foot Patch, Foot Detox, Foot Patch Detox, koyok kaki... macam-macam istilah yang digunakan. Namun semuanya adalah sama... berfungsi sebagai penyerap toksin yang memudaratkan dalam tubuh kita. Produk ini sangat baik untuk mereka yang menghidap sakit gout & sendi seperti banyak dialami mereka yang telah berumur. Tapi bukan yang berumur je, yang masih muda remaja pun kadang-kadang dah kena sakit yang bukan-bukan. Antara punca berlaku penyakit adalah kerana adanya toksin yang berbahaya dalam tubuh kita...

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan berbahaya yang terdapat hampir disemua organ manusia.

Bagaimana Toksin Terjadi?

Toksin dalam organ manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Tuntutan kehidupan masa kini menyebabkan perkara-perkara ini berlaku. Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan, di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.Sesungguhnya kita tidak dapat mengelak dari makan makanan yang tercemar seperti ini. Justeru itulah, pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya menghantui setiap manusia didunia ini.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit
adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin:

* Kerap sakit kepala.
* Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
* Susah bangun tidur.
* Bahagian keliling mata gelap.
* Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah
lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna
asal kulit.
* Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
* Sinus
* Berat badan meningkat
* Kehadiran selulit.
* Masalah jerawat dan banyak lagi.

Oleh itu, kalau dah ada gejala-gejala seperti diatas, sudah tiba masanya untuk anda nyah toksin yang sangat merbahaya ini dari tubuh anda. Apa lagi yang ditunggu...jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah...jangan sampai nasi jadi bubur...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna....jadi, sendiri mau ingatla...

Informasi mengenai Foot Detox Patch...

Bahan2:
1) Wood Vinegar Extract
2) Bamboo vinegar Extract
3) Chitosan
4) Plant power
5) Vitamin C
6) Tourmaline
7) Cornstarch

Fungsi:
- detoxification
- slimming
- metabolism
- enhance immunologic
- prevent constipation
- improve skin condition
- prevent smelly foot
- cell activation
- anti-aging
- support blood circulation
- improve quality of sleep
- help to relieve the burden on the immune system
- balancing human body internal organs function


Cara pemakaian:
1) Basuh kaki dan keringkan atau bahagian badan lain yang hendak ditampal pelekat.Buka pelekat.
2) Bahagian yang bertulis lekatkan di pelekat.
3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.
4) Minimum: 4 jam, Maksimum: 8 jam

Try it for one day, you will see toxin from your body discharged the next day! Use one patch for each foot every day. Results will be seen in three different stages.

First stage:
Improve sleep quality, Improve constipation and Expel wind in the body. You will feel your body lighter. (Approximately 24 days)

Second stage:
Improve body resistance to diseases, boost up metabolism, improve digestive systems, improve oral and foot bad odours, Blood pressure and fat level will be lowered, Kidney functions better, and improve hormonal functions of the body.(1-3 months)

Third stage:
Last stage, you will find your foot patch colour lighten, means that the toxic in your body is lessen! You may see changes at your face Congratulations! (3-6 months)

Suitable For Those:-
1. Who wish to lose body weight
2. Who has the constipation, the halitosis, the body odor, the smelly foot problems
3. Who is a computer worker, has high work pressure, is always exposed to the radiation
4. The long time stands, walk people
5. Neck, shoulder, waist, leg ache swelling crowd
6. Both feet, both legs weariness
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WARNINGS: * For EXTERNAL USE ONLY *Do not apply on irritated skin, open cuts/wounds or directly on the eyes * Keep away used and unused patches from children * Pregnant women is prohibited from using this patch

CAUTIONS: * Breastfeeding mother should be cautious to use the detox foot patch . * Allergic people, heart attack people and hyper blood pressure people should be cautious to use these patches.

STORAGE: STORE IN COOL AND DRY PLACE. PLEASE USE THE PATCHES IMMEDIATELY ONCE THE PACKET IS OPENED
*************************************

Sunday, April 11, 2010

Lidah jin berbunga!!!!

Pokok lidah jin berbunga....ya! benar, pokok lidah jin kami dah berbunga. Dah hidup lama ni, barulah kali ni kami perasan pokok lidah jin ni boleh berbunga. Tapi yang peliknya cuma satu pokok ni je yang berbunga. Yang lain tak berbunga pun. Bunganya pun ada bau. Wangilah juga... jangan kata kami tipu pulak. Kami tak letakpun bunga tu....memang asli. Kami dah search dalam internet pun. Memang pokok ni berbunga. Cuma kita je yang tak perasan. Ni artikel yang kami ambil dari internet....

Pokok Lidah Jin

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.
Tumbuhan ini berherba pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.
Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.
Spesies yang terkenal ialah:

  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica
Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghailkan serat; dalam sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.

Tuesday, April 6, 2010

Keluarga bahagia....

Mohd Khirnizan, Norazni Rahayu, Nur Nisrina...3 serangkai yang membina keluarga bahagia. Gambar ini dirakamkan ketika kami bercuti di Damai Desaru Beach Resort pada Mac lepas bersama-sama adik-beradik saya. Sebenarnya perancangan percutian ni telah dirancang lama dulu...sempena adik kami yang manja sangat tu dapat 5A dalam UPSR. Dah alang-alang nak buat tu kami buatlah sekali hari keluarga.... macam-macamlah aktiviti. Mandi kolam, BBQ, main snuker, mandi pantai....macam-macamlah. Maklumlah tak pernah berkumpul macam ni.... bukannya selalu....tapi kami masih tak puas lagi.... lepas ni kami nak bercuti lagi kat tempat-tempat yang lagi best. Dah jumpa dah tempat yang best. Tunggu masa dan ketika je nak pergi bercuti. Seronoknya.....Tak sabar rasanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...