Wednesday, October 6, 2010

Persaraan yang menyusahkan guru...

Pernahkah kita terfikir bila kita ingin meraikan bos kita yang akan bersara, yang mana kita pula kena keluarkan wang saku RM50.00 seorang untuk membiayai kos majlis tersebut. Adakah menjadi tanggungjawab kita untuk mengeluarakan belanja untuk majlis sebegitu (majlis rasmi).
Tetapi inilah yang berlaku di sebuah sekolah di negeri Johor. Sebuah sekolah yaang tidak berapa cemerlang dalam akademik mahupun Ko-Kurikulumnya. Semasa persaraan orang paling kanan disekolah tersebut, pengarah projek persaraan tersebut telah mengutip RM50.00 seorang dari setiap guru di sekolah tersebut dengan tujuan meraikan hari yang penuh bermakna dan hari yang akan paling diingati oleh pesara tersebut. Kalau ada 30 orang guru, bermakna RM1500.00 berjaya dikumpulkan. Itu belum tambah lagi duit dari KEBIRU yang dikutip dari setiap guru pada setiap bulan. Berapalah agaknya belanja persaraan tersebut ye. Dikhabarkan majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa membabitkan murid-murid sekolah dan hanya dihadiri oleh guru-guru, wakil dari pej. pendidikan daerah dan wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri selain murid-murid yang terlibat dalam acara persembahan sahaja. Majlis tersebut dilengkapi dengan pelamin yang ditempah khas, cederahati pun ditempah khas namun yang peliknya guru-guru yang lain pun dapat cenderahati yang ditempah khas untuk memperingati majlis tersebut. Bukan satu tapi dua cenderahati. Sungguh meriahnya majlis tersebut. Beberapa bulan lagi akan berlangsung lagi majlis persaraan untuk seorang lagi orang kanan sekolah ini. Bayaran RM50.00 dari setiap guru telah mula dikutip untuk memastikan kemeriahan majlis tersebut.

Persoalannya, wajarkah majlis persaraan di adakan sebegitu rupa. Memeras duit guru yang kini semakin sukar untuk menuntut belanja-belanja perjalanan, photostat dan lain-lain belanja berkaitan. Terpaksa menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah. Terpaksa menderma setiap kali pihak sekolah ingin menjalankan aktiviti-aktivitinya. Mungkin ada yang beranggapan guru sekarang manja, cuti banyak dan banyak kemudahan. Usah dibandingkan guru dulu dengan guru sekarang. Jangan banding murid dulu dengan murid sekarang. Segalanya telah berubah seiring dengan peredaran zaman dunia tanpa sempadan. Saya bukanlah seorang guru, namun amat prihatin dengan nasib yang menimpa guru-guru pada hari ini. Sesiapa yang menjadi guru mahupun mereka yang ada hubungkait dengan guru akan lebih memahami masalah ini.

Oleh itu, pada pandangan saya, adalah lebih elok majlis persaraan guru disekolah diadakan secara bersederhana tanpa membebankan mana-mana pihak. Pastinya dengan cara ini, majlis tersebut akan lebih diberkati dan diingati. Bukan dengan menunjuk-nunjuk seolah-olah sekolah mempunyai dana besar untuk penganjuran malis seperti itu sedangkan kecemerlangan murid-murid adalah lebih penting dari segalanya. Jangan hanya indah khabar dari rupa, sumbangan tak seberapa tetapi habuan nak gila-gila.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...