Saturday, February 12, 2011

Suatu Pengembaraan.....

Pada cuti tahun baru cina baru-baru ini, kami berkesempatan untuk mengembara ke negeri-negeri di pantai timur semenanjung dan juga Thailand. Pengembaraan ini bermula 2/2/11 hingga 6/2/11 tanpa apa-apa persiapan dan tempahan hotel. Main redah je...


Hari pertama - 02/02/2011


Bertolak dari Johor Bahru seawal jam 6.30 pagi. Berhenti sarapan pagi di Mersing (makan nasi dagang dgn nasi lemak je). Meneruskan perjalanan ke Kuantan dan makan tengahari di Beserah, Kuantan. Menu kali ni ialah Mee Calong Beserah... pada Ayu Mee Calong ni sedap kot. Tapi pada aku rasa cam biasa je... nak makan nasi takde pulak, terpaksa makan mee goreng je. Takpelah, dah itu je menu yg ada. Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 5 petang. Sampai je kami terus lepak kat pesisir Dataran Syahbandar. Makan cam biasa je, nasi campur. Bila hari dah nak gelap, kami pun carilah hotel sekitar Kuala Terengganu. Setelah puas cari Hotel, akhirnya kami check in hotel yg paling dekat dgn Dataran Syahbandar.Nama hotel ni Hotel Seri Tanjung. Kira ok lah jugak, ada satu katil besar dan satu katil kecil. Harga satu malam RM60.00 je.


Hari kedua - 03/02/2011


Pagi selepas sarapan dan check out dari hotel, kami pegi jalan-jalan kat Pasar Payang. Banyak ada kat sane tu. Semua ada, dari barang dapur, baju, kain, barang hardware, cenderamata dan macam-macamlah... sampaikan keropok lekor pun boleh jadi cam sate kat sana. Lupa lak nak ambil gambar sate keropok lekor tu... rasanya boleh tahan gak...20 sen secucuk. Lepas tu kami pergi la pulak ke Taman Tamadun Islam. Boleh tahan juga harga nak masuk kesini, RM15 seorang. Banyak Monumen Islam yang tak pernah kami tahu dapat kami lihat disini. Cuma yang peliknya takde monumen Masjid Al-Aqsa kat Palestin tu. Yang ada "Dome of Rock" yang kubah warna emas tu. Mungkin masjid Al-Aqsa ni tak secantik 'Dome of Rock' tu kot.
Dah penat jalan-jalan dan ambil gambar kat TTI tu, kami makanlah kat kafe yang terletak kat dalam TTI ni. Makanan takde pilihan. Yang ada Nasi Dagang, Nasi Ayam, Mee Kari dan lain-lain menu yang kecil-kecil. Harga pun boleh tahan gak...tapi nak buat camne, belasah ajelah apa yg ada walaupun rasa tak sesedap mana.Tapi kami tengok Taman Tamadun Islam ni, kurang pengunjungnya. Walaupun hari cuti, namun sambutan orang ramai untuk mengunjungi Taman Tamadun Islam ini agak mendukacitakan. Mungkin kurang tarikan untuk berkunjung ke sini, disamping harga tiket yang agak mahal. Selain itu, bagi orang luar seperti saya, kesukaran untuk melihat signboard untuk sampai kesini menjadi masalah. Mana taknya, signboard untuk ke Taman Tamadun Islam ni kecil je. Kalau dari Pusat Bandar Kuala Terengganu tak nampak pun signboard ke Taman Tamadun Islam. Nasib baiklah Kuala Terengganu tu kecik je. Kalau tak menjajar jugak cari.Walaubagaimanapun, suasana di Masjid Kristal berbeza sama sekali, ramai sangat orang. Maklumlah tempat tidak berbayar. Kalau dah bawa ramai ahli keluarga berkira juga nak masuk Taman Tamadun Islam. Kempis poket tu nanti. Betul tak?. Lepas penat habiskan masa sekitar Kuala Terengganu ni, dalam pukul 3.30 petang, kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu, Kota Bharu Kelantan. Sebelum bertolak, kami singgah sebentar di Perkampungan Keropok Lekor Losong yang begitu terkenal di Negeri Terengganu ni. Belilah keropok lekor sikit-sikit untuk makan-makan dalam kereta.

Kami tiba di Kota Bharu hampir senja. Fokus masa ni adalah untuk cari bilik penginapan. Jenuh kami redah Bandar Kota Bharu. Dari Hotel yang murah sampailah Hotel yang mahal. Semua dah penuh...full house. Rasa menyesal tak tempah online masa sebelum pergi tempoh hari. Tapi nak buat macamana, nak sangat rasa mengembara, jadi main redah je lah. Selepas berpusing-pusing Bandar Kota Bharu hampir sepuluh kali, kami ambil keputusan untuk memenuhi nafsu perut kami ni. Sambil makan, kami melayari internet dan cuba telefon semua hotel kat Kota Bharu ni. Tapi hampa, semua dah penuh. Lepas makan, kami cuba pusing-pusing lagi dan terjumpa satu kawasan perniagaan yang baru. Kat sini rupanya TESCO Kota Bharu. Bersebelah TESCO tersebut, ada satu Hotel baru. Nama hotel tu, One Station Boutique Hotel. Ada satu bilik kosong tapi telah ditempah orang. Tapi kalau orang tu tak sampai hingga pukul 10 malam, maka bilik tu boleh kami ambil. Mungkin dah rezeki kami, orang tu tak sampai pukul 10 malam. Maka bilik tu kami yang punya...alhamdulillah. Lega rasanya dapat tempat berteduh setelah sehari suntuk berkelana dalam kereta je. Kira oklah juga Hotel ni. Ada membership card lagi. Jadi member RM10 pastu dapat diskaun 10% dan diskaun 50% untuk penginapan pada hari kelahiran ahli dan ditambah ada sarapan pagi percuma. Untuk bilik yang kami duduk ni sewanya RM119.00. Kira oklah tu, daripada tidur dalam kereta je...


Hari ketiga - 04/02/2011


Pagi selepas sarapan di Hotel, kami check out dan meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Sampai je di Rantau Panjang, kami cari dulu tempat untuk kami bermalam. Puas pusing sekitar Rantau Panjang dan cuba telefon semua Hotel atau rumah tumpangan sekitar Rantau Panjang, tapi semua dah penuh. Mengharapkan ada yang check out untuk hari itu...isk..nak tidur manalah pulak malam ni. Kemudian kami ambil keputusan untuk cari tempat penginapan di sekitar Pengkalan Kubur. Dalam perjalanan ke Pengkalan Kubur, kami melalui satu kawasan hutan yang dipenuhi dengan banyak sekali kenderaan. Terpingga-pingga kami dibuatnya. Bermacam persolan bermain dalam fikiran. Kenapa ada banyak kenderaan di dalam hutan ni. Ada hutan lipur ke? Tak nampak pulak signboard hutan lipur. Dalam pada itu, kami nampak orang keluar dari hutan bawa barang berbondong-bondong. Ada yang bawak Toto, periuk, basikal dan macam-macam lagilah. Wah! agaknya ada orang jual barang seludup kot. Kami pun cuba meleraikan persoalan yang bermain di fikiran ini dengan berhenti dan masuk ke hutan tersebut. Rupa-rupanya ada pengkalan haram masuk ke Thailand. Kami apa lagi, tumpang sekaki orang-orang yang menyeberangi Sungai Golok yang berarus deras tu. Seronok juga dapat masuk negara orang ni ye. Tak perlu pakai passport, macam PATI (Pendatang Tanpa Izin) pulak...hehe.
Sampai diseberang, kami cuba dapatkan kepastian dari pengunjung lain. Rupanya kami sedang berada di Pekan Munduk, Thailand. Bermacam-macam barang ada jual kat sini. Dari barang makanan, hardware, kain baju, binatang ternakan, macam-macamlah. Semua barang made in Thailand ada dijual disini. Rugi kalau tak membeli belah disini. Harga jauh lebih murah dari Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. Kalau tak percaya lihatlah sendiri, see & believe. Kami sangat teruja berada di tempat yang memang tidak dirancang sama sekali. Satu pengalaman yang hebat dan kami menyimpan hasrat untuk mengunjungi semula Pekan Munduk ini pada masa hadapan.Setelah seharian di Munduk, kami menyeberang semula ke Malaysia dan kebetulan ada pulak satu hotel di Rantau Panjang telefon kami. Alhamdulillah, dapat juga tempat tidur malam ni. Nama Hotel ni, Dinra Hotel. Bilik yang kami duduk berharga RM90... Kami terus check in dan mandi dan bersiap untuk ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang.
Sampai di pekan Rantau Panjang, kebanyakan kedai sudah hampir ditutup. Maklumlah, kalau di Kelantan ni, waktu perniagaannya biasanya hingga 7 petang sahaja. Oleh itu, kami hanya sempat pergi ke beberapa kedai je, takpelah...sebelum ni pun dah pergi ke Munduk. Barang di Munduk jauh lebih murah dari sini. Selepas itu, kami pergi makan dan semasa di kedai makan tu, terjumpalah pulak kawan sekampung (Rengit). Rupanya mereka bercuti dengan keluarga mertua.


Hari keempat - 05/02/2011


Destinasi seterusnya ialah Bandar Kota Bharu. Sebelum sampai ke Kota Bharu, kami singgah ke Wakaf Che yah. Saja pusing-pusing. Orang kata kat sini tudung murah-murah. Kedai kat sini lambat bukak. Dan pukul 11 pagi masih banyak yang belum bukak. Lepas makan di Wakaf Che Yah, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Sampai je di Kota Bharu, kami singgah di Pasar Besar Siti Khadijah. Memang betul, semua peniaga perempuan. Yang jual dan potong ayam pun perempuan. Situasi yang tak mungkin dilihat ditempat lain. Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran tempat ni agak kotor. Kalau nak makan tengahari kat sini kenalah berpada-pada sikit. Ingatkan murah, tapi sebenarnya sangat mahal. Mungkin disebabkan kami orang luar, maka disembelihnya kami hidup-hidup..argghhhh!!! saya makan seorang RM36...tak logiknya. Tensen betul... hilang terus selera nak makan. Nasik pun cuma cuit sikit-sikit je. Lauk pun makan lebih kurang je. Menyesal makan kat sini. Tak berbaloi...
Selepas memborong keropok dan tudung, kami berposing gambar kat sekitar Bandar Kota Bharu. Menjelang senja, Bandar Kota Baru akan beransur senyap kerana kebanyakan peniaga akan menutup operasi sebelum maghrib. Juteru itu, kami pun beredar dari Bandar Kota Bharu untuk pulang semula ke Johor Bahru. Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah makan di Kedai Nasi Kerabu Golok di pinggir Bandar Kota Bharu. Lepas makan, dalam pukul 9.30 malam, kami bertolak pulang. Kami sampai di Johor lebih kurang pukul 12 tengahari hari berikutnya....aduh penatnya, namun kami gembira dan teruja dengan pengembaraan kami kali ini. Semoga kami diberikan kesempatan untuk mengembara di negeri-negeri sebelah utara pulak lepas ni...insyallah.

1 comment:

Anonymous said...

bile la nak gi lagi mundok tu..... kali ni nak borong baju ngan toto....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...