Gula oh gula....mana perginya gula. Risau kalau tengok gula takde kat dapur tu. Nak buat air macamana? Nak masak macamana? Nak buat kuih macamana?...senang cerita, kalau takde gula kat dapur tu macam tak sempurna je. Pergi kedai makan pun nak air manis, beli air tepi jalan pun nak air manis jugak...semua bergantung pada gula. Memang dari kecil sampai dah dewasa ni kehidupan kita sangat sinonim dengan gula. Budak-budak pun selalu disogok dengan gula-gula. Kecil-kecil lagi dah dibiasakan dengan gula. Macamanalah hidup kita nak sihat. Banyak penyakit yang datang.
Realitinya pada hari ini pengambilan gula rakyat negara ini sebenarnya telah melebihi had yang disyorkan. Bayangkan semua makanan dan minuman yang kita makan mempunyai kandungan gula. Memanglah kalau takde gula semua yang kita makan tu tak sedap. Tapi yang sedap tulah yang akan membawa musibah buruk pada hari yang mendatang.Waktu muda ni memanglah tak rasa lagi. Yelah, masa ni sistem tubuh badan kita masih bagus...tapi bila sudah menginjak usia tua nanti, banyaklah yang akan kita rasa. Masa tu barulah kita nak kawal itu dan ini. Betul tak? Orang kata, selagi boleh makan ni kita makanlah, nanti kalau dah sakit dah tak boleh makan....betul ke?...cuba jengok-jengok statistik sakit-sakit yang disebabkan pengambilan gula yang berlebihan ni...takut beb...
Dalam pada itu, isu ketiadaan gula dalam pasaran ni memang dah jadi trend. Terutamanya dah dekat musim-musim perayaan. Tapi bukan semua perayaan. Khusus perayaan untuk orang islam je. Kalau tak percaya tengok harga ayam. Perayaan lain takde pun isu nak naikkan harga.Pada tahun baru yang lepas (01/01/10) kita telah dihidangkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Baru beberapa bulan reda, timbul balik isu ni. Sampai ada pula yang nak boikot penjualan gula apabila diminta memohon lesen untuk menjual / membekal gula. Kenapa semua ini berlaku.
Pada saya, keadaan ini adalah disebabkan monopoli ekonomi oleh sesuatu bangsa. Pengilang, pemborong/pembekal adalah dikalangan satu bangsa sahaja. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran. Tidak perlu mengikut teori keluk permintaan dan penawaran, mereka dengan mudahnya mengawal atau menentukan harga pasaran. Apa yang kerajaan boleh buat? Hanya berunding?. Seperti yang telah diketahui umum, kerajaan telah membayar subsidi kepada pengeluar untuk meminimumkan harga barang pengguna ini. Pengeluar dan pembekal barangan ini sedang menekan kerajaan untuk mendapat lebih subsidi ataupun menaikkan lagi harga gula dipasaran.
Saya jangkakan buat masa ini kerajaan akan berunding dengan pengeluar dan pembekal ini agar dapat memberikan satu tempoh sebelum harga dapat dinaikkan ataupun ditambah subsidi. Dalam keadaan kerajaan sedang membina 'muhibbah' atau nama baik yang dipandang tinggi oleh rakyat, kerajaan tidak akan tergesa-gesa menyusahkan rakyat kecuali selepas pilihanraya umum yang bakal menyaksikan mereka memegang kembali tampuk kuasa pemerintah. Pada masa itulah kerajaan sedikit demi sedikit menaikan harga barang keperluan dan menarik subsidi secara berperingkat-peringkat.
Justeru, masalah ini akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi melalui perundingan kedua-dua belah pihak tanpa ada kenaikan harga.Sehari selepas rundingan ini selesai, kita akan dapat lihat gula akan kembali memenihi rak-rak gula yang sejak akhir-akhir ini kosong, bahkan sehingga tak muat pula rak nak di isi gula dengan stok yang baru. Kita fikirlah mengapa keadaan sedemikian berlaku. Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment