Friday, April 8, 2011

Bang Bang Boom

Kelmarin (6/04/2011) rancangan Bang Bang Boom yang bersiaran di TV3 memaparkan rakaman segmen AMEKAW di Kampung Permatang Palas, Benut. Sebuah perkampungan yang berada diantara sempadan daerah Batu Pahat dan Pontian.
Sebenarnya program ini telah dirakamkan pada17 & 18 Julai 2010 dan baru kelmarin bersiaran di TV3. Masa rakaman ni, kes tangkap basah Azhari belum lagi meletup. Kalau tak meletup juga kat Kampung tu. Sebenarnya kami ada makcik yang bermastautin kat Kampung ni. Sebab tulah singgah kat situ semasa dalam perjalanan pulang ke JB tempoh hari. Ada juga makcik kami datang dari Jb untuk ambil peluang berniaga kat situ. Yelah, rugi kalau ada peluang nak tambah pendapatan tapi tak ambil peluang yang ada tu. Dimaklumkan, pengacara dan krew Bang Bang Boom ni bermalam di rumah makcik kami. Pasti orang Permatang Palas kenal sangat dengan Hj Moit dan Hjh Maznah. Program-program kemasyarakatan sebeginilah yang perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya penerbit-penerbit program TV untuk mendampingi masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai persahabatan, persaudaraan dan secara tidak langsung mampu menjana ekonomi penduduk setempat selain memperkenalkan kampung ke seantero negara. Janganlah hanya mengharapkan kerajaan sahaja untuk mempromosi kawasan-kawasan luar bandar yang menarik untuk dikunjungi. Justeru itu, penerbit-penerbit rancangan TV janganlah hanya bertumpu di kawasan bandar sahaja kalau nak buat sesuatu produksi tu. Jengah-jengahlah kat kampung-kampung kat Johor ni. Janganlah asyik kampung-kampung kat Banting tu je. Cuba tengok-tengok sikit kampung di sekitar Batu Pahat ni. Kampung Sungai Kluang Darat kat Rengit tu pun ok juga kalau nak terjah. Hehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...