Saturday, April 9, 2011

Telur tiruan....Cetak rompak!!!

Baru-baru ini kecoh dalam akhbar dan TV mengenai telur tiruan ataupun disebut telur cetak rompak. Sebenarnya perkara ini bukanlah perkara baru. Cuma ia baru disedari oleh sebahagian rakyat Malaysia yang peka terhadap apa yang mereka santap. Teknologi pengahasilan telur ini sebenarnya telah hangat diperkatakan di China sekitar tahun 2007. Penjaja-penjaja kecil di negara tembok besar inipun sangat mahir dalam penghasilan telur ini. Pernah juga saya terbaca artikel mengenai penghasilan kuih pau menggunakan campuran kertas kotak. Pastinya banyak lagi teknologi yang kita tidak tahu dan tidak terfikir sama sekali dalam penghasilan produk makanan yang telah memasuki pasaran antarabangsa dan mungkin juga telah menjadi darah daging kita. Justeru itu, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik atau sudah menjadi perkara yang biasa kita menanggung derita menghidap sesuatu penyakit.

Berikut adalah cara-cara penghasilan telur cetak rompak yang dipraktikkan di China....

Step 1 - Modulation of Raw Materials
Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.

Step 2 - Egg Production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced. The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.

Step 3 - Fake Egg Shape
By adding a yellow pigment and become raw egg yolk. In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour

Fake Egg - Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the eg

Fake Egg - Step 5
Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.

The Egg is ready
Mudah je nak buat telur ni...kulitnya agak mudah pecah. Tapi peduli apa, nampak macam yang asli kan? bukan semua orang boleh bezakan yang mana asli dan yang mana cetak rompak.

Awas dengan Telur cetak rompak ni!!!!
Bila kita goreng telur ni, banyak buih-buih kecil akan kelihatan. Tapi berapa ramai orang yang prihatin dengan perkara ni. Nampak macam sama je dengan telur yang biasa dan menurut orang yang pernah makan telur ni, rasanya lebih enak dan tak berbau hanyir seperti telur biasa tetapi kita akan menambahkan jumlah statistik keracunan makanan dan mungkin mengganggu sistem tubuh badan kita dalam tempoh jangka panjang.

Lepasni kalau nak beli telur kenalah tengok-tengok sikit telur tu. Mungkin dalam satu papan telur ada sebiji atau dua yang bukan keluar dari tongkeng ayam. Kalau ada terjumpa telur-telur cetak rompak ni, cepat-cepat laporkan kepada pihak yang berkenaan kerana secara tidak langsung anda akan membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat. Barulah negara kita membangun dengan cergas....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...