Saturday, April 5, 2014

Cuti Jumaat & Sabtu.. membebankan...

Apabila terbit cerita-cerita mengenai cuti mingguan Jumaat dan Sabtu untuk Negeri Johor bermula 1hb Januari 2014 yang lepas yang dikatakan menyebabkan industri pelancongan, ekspo perdagangan dan lain-lain industri yang dikatakan terjejas, aku berpendapat ada satu lagi institusi yang paling penting terjejas dengan teruk. Pada aku institusi kekeluargaan yang selama ini terjaga rapi kini semakin kurang terbela kerana perlaksanaan cuti mingguan yang dibuat tetapi tidak mewajibkan sektor swasta untuk mematuhinya.

Sebagai seorang yang berkerjaya dalam sektor swasta, kebergantungan terhadap institusi perbankan dan korporat yang semuanya berpusat di ibu negara dan ada juga luar negara memaksa kami beroperasi hari Isnin hingga Sabtu sementara cuti mingguan pada hari Ahad. Isteri pula berkerjaya sebagai seorang pendidik dan anak sedang menempuh alam persekolahan. Justeru, hari apakah yang perlu kami penuhi untuk aktiviti ataupun saat-saat berkualiti bersama keluarga?

Majlis-majlis perkahwinan dan majlis kenduri kendara kini terjadual hari Sabtu, sedangkan dahulu banyak yang melaksanakannya pada malam minggu dan hari minggu (Ahad). Jika dahulu aku hampir tiada masalah untuk menghadiri majlis kenduri kendara di kampung, kini aku terpaksa mengambil cuti pada hari Sabtu semata-mata untuk menghadiri majlis tersebut. Secara tidak langsung, produktiviti untuk pekerja disektor swasta akan terjejas berikutan terpaksa mengambil cuti pada setiap hari Sabtu. Terutama disaat dan ketika ini aku memikul tanggungjawab untuk menghadiri majlis kenduri kendara setelah kematian ayah kami pada awal November yang lepas.

Cuba kalian fikirkan, aku cuti hari Ahad manakala isteri bercuti Jumaat dan Sabtu, bila agaknya masa yang sesuai untuk balik kampung? Tunggu cuti sekolah?. Walaupun kampung aku di Rengit (Batu Pahat) dan isteri di Parit Jawa (Muar) dan bukanlah jauh sangat dari tempat kami bermastautin (Johor Bahru) , namum perihal cuti mingguan yang tidak selaras ini menjadikan situasi ini sangat sukar untuk mereka yang mengalaminya. Jika dulu kami boleh balik ke kampung pada petang sabtu dan kembali semula ke sini pada petang Ahad, dan boleh balik kampung pada bila-bila yang perlu tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Buat masa ini, aku sebagai ketua keluarga terpaksa berkorban untuk mengambil cuti hari Sabtu sekiranya perlu untuk kami balik ke kampung. Kalau dulu aku ambil cuti hanya apabila ada hal-hal kecemasan atau pergi bercuti tetapi kini lebih untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Habis kalau cuti aku sudah habis dan dah cuti tidak dibenarkan lagi, apa yang perlu aku lakukan?. Ambil cuti tanpa gaji? atau bila akal sudah jadi pendek berhenti sahaja kerja. Nak jadi apa pula selepas itu?.

Jika dulu, kalau tidak balik ke kampung, aku dan isteri akan bersama-sama mengemas rumah, berjalan-jalan ke tempat-tempat rekreasi dan melakukan pelbagai aktiviti bersama, kini saat-saat itu sudah terkubur diganti dengan cuti mingguan yang tidak berkualiti untuk aku sekeluarga. Setiap hari Ahad aku dengan anak yang kecil termanggu-manggu menunggu isteri dan anak pulang dari sekolah.

Kesimpulannya, cuti mingguan ini amat menyusahkan kami yang berkerjaya dalam sektor yang berbeza dan menjejaskan masa-masa berkualiti bersama keluarga dan dalam jangka masa panjang akan mengundang perasaan yang negatif seterusnya menjadikan hidup porak peranda hanya kerana perbezaan cuti mingguan. Walaupun aku tidak yakin yang cuti ini di ubah semula kepada Sabtu dan Ahad, namun aku amat berharap agar Sultan Johor dapat memikirkan kesan jangka panjang terhadap majoriti keluarga yang terjejas akan perlaksanaan cuti mingguan Jumaat dan Sabtu ini. Alasan solat Jumaat tidak begitu relavan pada aku sebab aku bekerja pada hari Jumaat dan aku tidak mungkin balik kerumah semata-mata membawa anak ke masjid dan pergi semula ke tempat kerja kerana masa rehat yang terhad. Jika tidak dikembalikan cuti mingguan tersebut pun, aku berharap agar kerajaan negeri mewajibkan pihak swasta bercuti pada hari Jumaat ataupun Sabtu. Selaras dengan cuti mingguan sektor kerajaan. Sesungguhnya kesukaran ini membebankan kami. Seolah-olah tiada lagi cuti mingguan untuk kami. Aku sayang Johor... Luaskan kuasamu Johor...

4 comments:

Unknown said...

Ya.
Amat kasihan nasib yg menimpa kalangan rakyat johor. Jika ditelitian, adalah bagus sebenar cuti jumaat kerana bole angkat anak lelaki ke masjid. Namun ktidak selarian and no any enforcement to the private sector for re orginize off and rest day, there no meaning at all and encountered higher loss regardless ranking as well as all johorean and johor resident

udin said...

Yup...Mr Dreambox JB. Are u Indonesian. Thanks for visit my blog. Your language most like Bahasa Indonesia. Sorry if i'm wrong.. We are proud being johorean but will more proud if the state gov can force the private sector to follow the state rest day. Family quality time is most important part to built the best human capital.

Saat said...

Sokonglah keputusan Sultan Johor walaupun wujudnya sedikit masalah perbezaan cuti mingguan antara sector kerajaan dan swasta. Setelah Johor diharu-birukan oleh Mahathir pada tahun 80-an dulu (sesuka hati dia arahkan cuti tukar hari ahad - Kedah tak pulak nak ikut!), inilah masanya untuk kita kembali kepada kaedah asal yang memartabatkan cara hidup Islam. Jangan terlalu berkira tentang soal kenduri kendara dan reunion ahli keluarga, kerana faedah dari cuti hari Jumaat adalah lebih besar dari masalah yang timbul darinya. Saya warga Johor yang bekerja di Selangor sentiasa lihat betapa ramainya lelaki-lelaki Islam di sini yang mengambil mudah tentang perlunya mereka solat jumaat. Waktu kerja dijadikan alasan walaupun tempoh rehat dipanjangkan setiap hari jumaat. Terlalu ramai juga yang tidak sanggup meninggalkan jual beli untuk solat jumaat. Maka fikir-fikirkanlah berapa lamakah lagi kita nak tunggu sebelum mampu memartbatkan agama Islam? Jangan cerita tentang bank sebab banklah punca banyak carca marba dalam sistem sosial.

HENRIETTA FERNANDO said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...