Sunday, April 12, 2015

Bandar Layangkasa... antara impian dan harapan.

Assalamualaikum

Setelah lama bertapa dari dunia blogger, hari ini hati aku tergerak untuk menaip sesuatu yang terbuku dari lubuk hatiku yang paling dalam sekali. Melihat rakan-rakan, adik beradik yang sudah memiliki rumah bahkan sudah menduduki rumah sendiri, betapa hati ini rasa terkilan dan terguris dengan apa yang berlaku kepada rumah yang aku beli suatu ketika dulu. Walaupun rakan-rakan dan adik beradik ku membeli rumah selepas aku membeli rumah... isk... susahlah nak cakap. Senang cerita aku dulu yang beli rumah dari mereka-mereka tu. Namun, sehingga hari ini aku hanya mampu untuk melihat mereka menghias, merenovasi bahkan menduduki rumah impian mereka. Hati kecil ini semakin mengecil dek penangan pemaju yang kurang profesional Cahaya Bumimas Sdn Bhd.

Aku booking rumah ni pada tahun 2011 dan pernah membatalkan booking tersebut disebabkan proses pembinaan yang sangat perlahan. Namun pada tahun 2012 aku berpatah balik untuk membeli rumah tersebut pada harga yang sama ditawarkan pada tahun pelancaran 2011. Namun tahun 2015 aku berpatah hati kerana impian menggunung selama ini masih menjadi impian dan terus menunggu dengan penuh harapan. Ya! sehingga hari ini pemaju Cahaya Bumimas Sdn Bhd masih gagal untuk menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan. Bahkan sehingga saat ini pun aku tidak diberitahu bilakah tarikh sebenar kunci tersebut akan diserahkan. Sampai bila aku boleh mengharap. harapan yang belum tentu ada penghujungnya. Ditambah pelbagai masalah yang telah aku dan rakan-rakan pemilik rumah Bandar Layangkasa jumpai sewaktu lawatan kami ke rumah tersebut.

Aku pelik dengan pengurusan pemaju ni. Kalau nak minta bayaran boleh pula dia telefon kita. Contohnya dalam hal pembayaran deposit RM500.00. Boleh pula telefon. Tapi bila ada apa-apa masalah atau apa-apa isu, aku tidak diberitahu langsung. Alasan yang diberikan, telefon tidak dapat, kredit tiada. Jawapan yang sepatutnya diberikan oleh pelajar lembam tetapi tidak begitu tembam. Padahal semua rekod pembeli ada pada mereka termasuklah email pembeli. Justeru, sepatutnya mereka sekurang-kurangnya memberitahu status rumah tersebut setelah tempoh 'bertenang' tamat mengenai tarikh sebenar dijangka penyerahan kunci akan dibuat. Kini sudah masuk tempoh 'bengang' untuk semua pemilik Bandar Layangkasa kerana disajikan jawapan-jawapan yang tidak pasti dan jawapan-jawapan yang boleh makan hati.

Ada sebahagian dari kami yang sudah tidak tahan dengan desakan hidup seperti terpaksa membayar untuk rumah sewa dan juga rumah yang telah dibeli, bahkan ada juga yang terpaksa pindah rumah sewa lain disebabkan tuan rumah ambil balik atau dijual sedangkan rumah yang sepatutnya diduduki masih menjadi harapan yang tidak pasti. Aku juga terpaksa pindah dari rumah sewa pada penghujung tahun 2013 gara-gara rumah tersebut telah dijual. Mereka ini sudah menghantar surat memaklumkan yang mereka akan menghantar surat untuk bayaran ganti rugi rumah yang lewat diserahkan.  Namun pemaju Cahaya Bumimas Sdn Bhd seperti bermain layang-layang Wau Kikik di Bandar Layangkasa yang mana mereka sedia memutuskan tali apabila mereka rasa tidak mampu untuk mengawal Wau Kikik dari berterbangan bebas membelah awan yang sarat dengan komposisi busuk. Mereka ini di momokkan dengan surat untuk mendapatkan Deposit 10% seperti yang dicatat dalam S&P pembelian rumah tersebut. Sedangkan harga yang tertera dalam S&P adalah harga yang ditambah (Mark up) bagi memenuhi janji mereka untuk mendapatkan pinjaman 100% dari pihak Bank. Permainan mereka ini di sokong oleh pihak peguam pemaju Jaswant Singh & Associates yang berada di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Aku amat memahami bahawa peguam pemaju akan melindungi pemaju dalam apa isu sekalipun. Namun aku percaya, ada jalan dan lorong yang boleh diteroka dan Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang tertindas. Jika perlu, melalui jaringan rangkaian peguam dan juga kerajaan negeri mahupan Sultan Johor akan kami libatkan demi kesejahteraan bersama.

Berdasarkan pemerhatian dan risikan komuniti Bandar Layangkasa pihak pemaju masih gagal mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. Semua syarat-syarat untuk mendapatkan kelulusan gagal untuk dipenuhi.Hingga saat ini pun longkang-longkang yang sepatutnya mengalirkan air keluar dari taman perumahan ini masih ditimbuni dengan sampah sarap pembinaan yang menggunung. Bahkan tanah dari bukit botak (Berhadapan Adana 1) dibawa oleh air hujan untuk sama-sama memenuhkan longkang dan cuba untuk berlumba-lumba melenyapkan longkang sedia ada lantas bakal mencetuskan fenomena 'Banjir Kuning' di Bandar Layangkasa suatu hari nanti.

Dalam pada itu, banyak kecacatan dikesan keatas binaan rumah tersebut. Antaranya keretakan dalam dan luar rumah, tombol pintu rosak, kesan kemasukan air dari tingkap bilik utama, cat yang pudar dan lain-lain masalah yang menggusarkan pemilik rumah di Bandar Layangkasa.

Buat masa ini, pihak pemaju Cahaya Bumimas Sdn Bhd hanya menyediakan 11 orang Bangladesh yang sasa dan kuat untuk kerja-kerja mengorek longkang dan membaik pulih kerosakan-kerosakan yang hanya boleh dilihat secara kasar bagi membolehkan mereka memperoleh kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. Aku percaya, kerja-kerja ini hanya dilakukan seperti melepaskan anjing yang tersepit namun dikemudian hari anjing tersebut yang akan bermaharajalela dan menggigit seluruh taman perumahan ini.
 
Adakah kunci rumah akan diberi sekali dengan kunci Rumah PR1MA yang sendang rancak di bangunkan oleh pemaju yang sama. Benarkah projek Bandar Layangkasa Fasa 1 hanya sebagai ujikaji dan hasil yang terbaik hanya diterjemahkan dalam projek PR1MA Bandar Layangkasa? Adakah Cahaya Bumimas Sdn Bhd hanya diterajui oleh orang-orang melayu yang hanya dibayar elaun namun tidak dibayar untuk membuat keputusan? Dengan diterajui oleh orang-orang Melayu yang dibayar elaun ini maka mereka berhasil mendapatkan projek PR1MA Bandar Layangkasa?


Hari ini aku masih menunggu. Menunggu harapan menjadi pasti. Rumah impian tidak lagi dihati. Hanya harapan, harapan dan harapan....















20 comments:

Anonymous said...

Saya juga pembeli rumah di kawasan ini. Dan sehingga kini, saya belum pernah melihat keadaan rumah saya. Pada mulanya memang agak berat hati juga hendak membeli rumah di Layangkasa, memandangkan ia merupakan projek perumahan pertama dari syarikat berkenaan.

Namun saya mengambil pendekatan positif dengan berfikir, ini projek perumahan pertama mereka. Sudah tentu mereka akan membuat rumah dengan bersungguh-sungguh dan memastikan kualitinya bagi menarik kepercayaan orang ramai terhadap projek perumahan mereka yang seterusnya.

Jika mereka membuat rumah sambil lewa, sudah tentu pembeli awal akan memberi maklumbalas negatif dan menjejaskan mereka.

Namun mungkin saya silap, kerana syarikat ini telah memperolehi kontrak membina projek rumah PR1MA yang mana mereka "tidak perlu mencari" pembelinya. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan syarikat mereka berasa selesa dan fasa 1 menjadi mangsanya.

Begitulah pandangan saya pada masa sekarang selepas 2 tahun masih menunggu kunci rumah. Tapi dari sudut positifnya, pejabat syarikat berkenaan masih wujud di situ bagi menguruskan projek PR1MA. Jika tidak, mungkin mereka sudah lari meninggalkan pejabat di Jalan Kong-Kong itu.

Pemaju sepatutnya sentiasa berhubung dengan pembeli. Mereka ada pilihan untuk mengadakan pertemuan dengan para pembeli dan menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini. Namun mereka memilih untuk mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan pembeli tertanya-tanya. "Public Relationship" mereka sangat lemah.

Saya berharap agar pihak pemaju dapat memberikan maklumbalas bertulis atau mengadakan pertemuan dengan para pembeli bagi menerangkan situasi sebenar. Bukannya sekadar cakap di mulut sahaja bagi menyatakan sesuatu pekara terhadap pembeli. Mereka perlu bersikap professional dan jangan jadikan undang-undang sebagai alat untuk menekan pembeli.

sekian.

Dreambox JB said...

Dear editor,
I was really sympathy when read your article. Its really touching, unforseenable sadness, what else can i say?
I bought one unit of adana1 actualy. Let me share with u guys why i bought it.

I'm property negotiator, buy houses for executive rental(with contract 6mth or whatsoever), normal rental and also re-sell if got a better offer by current demands.
As early in 2010, i got a contact from KL said that there will be new resident will built by a KL developer and selling price beleived to be under market. I make a research about iskandar project of east coast flag this and that, here there and anywhere.

Comes 2011, the sales&show house was successfully built and it was pretty good. I hold my intend to buy since the land job haven't run smoothly as it suppose to be. However, im thinking otherwise since heard the announce of developing of prima at layangkasa was gave to cahayabumimas...

Dreambox JB said...

Is cahaya baru land been cursed? I dont beleived it at all... It's syirik !
Layangkasa performing very slow progress are due to incompetence developer, low cash flow of this bladdy developer and maybe they are just cheating.
Recent update is, MPPG will never give any SOKONGAN surat once doing any related inspection if the basic fundemantel such as housekeeping and sewage/trench cleaning not clean as requirement.
THAT WILL THE BOTTLENECK !

Unknown said...

Khairul.city@gmail.com

Unknown said...

Come n seats with me.. I need more detail with your issue. Khairul, pengerusi Biro Perumahan Pemuda Tebrau

udin said...

En Khairul... saya akan jumpa ustaz syahrin mlm ni (16/4/15) untuk membincangkan perkara ini lebih lanjut. Kalau En Khairul ada sekali lebih baik. Terima kasih byk2 kerana begitu prihatin tentang permasalahan kami ni.

tiga lalat said...

salam. hee selalu nmpk projek tmn layangkasa kalo jalan2 dr kongkong ke masai ;p

Cip kadal said...

Hi..im also a buyer at this house..do contact me coz I baru terima surat and they said i need to pay some amount before ambil kunci...013 7777318

udin said...

Hi.. Cip kadal... dah ambil kunci ke... ada ape2 masalah dgn late interest ke.. bole wasap atau call saya... kita bole share masalah kita. Saya dah ambil kunci sebelum raya tempohari... 0177250067

udin said...

Wsalam.. mcm2 masalah projek ni. Dah ambil kunci pun still byk masalah lg... pening..

udin said...

Wsalam.. mcm2 masalah projek ni. Dah ambil kunci pun still byk masalah lg... pening..

Amanullah Kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
Galam Ralam said...

my website...

http://tadika.tk

terima kasih...

Hanna Feylora said...

saya tgah tgu kunci jgk.blh thu bpe amount yg dia mtk?

Hanna Feylora said...

saya tgah tgu kunci jgk.blh thu bpe amount yg dia mtk?

adoy41 said...

Untuk projek prima ada masalah mcm ni jugak ke?

Syah Rizal said...

Aduhhh... Nayerr la mcm ni

Anonymous said...

yang unit pr1ma sudah ade yg duduk ke?

Anonymous said...

Pr1ma tgu kunci jatuh Dr langit

HENRIETTA FERNANDO said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...