Sunday, January 13, 2013

Bandar Layangkasa Masai

Minggu lepas aku sign loan dengan Maybank Masai utk beli rumah kat Bandar Layangkasa, Masai. Mungkin ramai yang tak tau kat mana Bandar Layangkasa ni. Kalau siapa yang tahu Felda Cahaya Baru Masai maka taulah Bandar Layangkasa tu kat mana. Bandar Layangkasa terletak diantara Jalan Masai dan Kong Kong. Jauh jugalah dari Pasir Gudang. Tapi dekat pulak dengan Lebuhraya Senai Desaru.

Antara Public Bank, Bank Islam & Maybank, nampaknya aku lebih prefer Maybank Islamic. Sebabnya Maybank ni offer minus BLR yg lebih besar dari Public Bank dgn Bank Islam. Lagipun gaji masuk Maybank. Senang buat instruction utk payment nanti.


Aku harap ini adalah pilihan yang betul kerana aku dah takde pilihan sebenarnya. Rumah kat area Seri Alam ni tak termampu nak beli. Mahal sangat. Tak padan dengan saiz. Dari segi lokasi memang kedudukan Bandar Layangkasa agak jauh dari Bandar dan juga jauh dari tempat kerja. Tapi dari segi saiz rumah dan harga memanglah berbaloi untuk orang-orang yang baru nak merangkak menempuh kehidupan yang serba mencabar ni. Lama dah kami fikir utk beli rumah ni. Kalau tak silap aku booking rumah ni masa bulan October 2011. Dah setahun lebih dah. Masa mula-mula projek rumah ni dilancarkan. Dan aku dah pernahpun tarik balik pun booking tu. Tak jadi beli. Mungkin jodoh utk aku beli rumah kat Bandar Layangkasa ni kuat, maka aku pun beli balik rumah tu. Tapi tak dapatlah lot yang aku booking dulu. Nasib baik dapat harga spesial masa pelancaran projek dulu. Loan 100% sebab pemaju (Cahaya Bumimas Sdn Bhd) mark up harga rumah utk dpt full loan.



Rumah ni sebenarnya under market price sebab lokasi dan pemajunya pun baru. Rasanya belum ada pengalaman lagi kot. Disebabkan pemaju barulah aku was-was utk beli masa tu. Tapi bila tengok ada progress baru aku berani utk beli rumah ADANA 2 ni. Jangkaan siap April 2014. Tapi sampai hari ini yang aku nampak cuma ADANA 1 je yang naik. ADANA 2 belum nampak lagi batang hidung. Utk makluman, ADANA 2 ni besar sikit binaan dia dari ADANA 1. Tapi saiz tanah sama kot. Kalau tak silaplah. Mintak-mintaklah tahun depan tu siap rumah ni. Dan aku harap juga pilihan aku ni betul dan tepat dan tak membuat aku menyesal seumur hidup.

51 comments:

Anonymous said...

salam, bape harga umah kat layangkasa?

Anonymous said...

skrang lot bumi mungkin 170-180 ribu lebih la gaknye... aritu cop rumah tu mase harga promosi... tp puas hati beli umah tu... tanah panjang lg kebelakang leh besarkn dapur.

udin said...

Rumah bandar layangkasa harga bawah 200k. Saiz 20 x 70 double storey dah tak dapat harga bawah 200k kat JB ni. Harap2 Bandar Layangkasa akan muncul menjadi Bandar baru 10 hingga 20 tahun akan datang...

Anonymous said...

Saya dah pi tengok showhouse dia, saya ni rajin cari rumah pantang ada rumah baru naik n ada showhouse sy pasti pergi, harga rumah layangkasa 20x70 148k dan 168k dikirakan harga murah dan berpatutan sebab luas rumah tersebut kalau kat area lain tak akan ada bawah 200k, paling koma pun 300k... saya pn memang berminat sangat2 tapi takut loan xlepas je almaklumlah gaji saya xtinggi mna wlaupun jauh sudut hati tu mmg nak sgt beli rumah ni.

udin said...

Takpe try je... beli rumah ni kena gamble gak. Kalau tak tak merasa rumah sendiri. Kena ada keyakinan utk bayar rumah. Kalau ada rezeki adalah tu...

Anonymous said...

gambar updated.. http://www.facebook.com/BandarLayangkasa

Anonymous said...

Area corner lot ada lg ke?

udin said...

Corner lot macam dah takdela... unit tengah pun dah tak banyak kot...

Anonymous said...

Ada x sape2 yang guna gov loan? Ada yg dh approve?

Anonymous said...

Kitaorg pun guna loan bank.. Kerani sekolah susah nak bg kerjasama..

Anonymous said...

as per new information, Pr1ma is going to purchase 2500 units from BLK, which means that previous pricing will adjust to higher.

Anonymous said...

Aku pun ada dgr rumah PRIMA kat bandar layangkasa ni... Harga rumah prima pun x lah murah sgt... Mungkin dlm 180k... Aku pun percaya rumah bandar layangkasa akan naik mendadak hujung tahun ni...

Anonymous said...

Ada gov. Hospital nak buat kat bandar layangkasa ni... Tapi bila nak buat tu masih belum pasti... Tapi dah ada dlm plan...

Anonymous said...

Corner andana 1 160k btl ke???

Anonymous said...

Salam. Minta Izin tumpang lalu. Nak bertanya sekali la. Kalau area Layangkasa tu, berapa harga rumah yang patut PR1MA jual. First launch by developer memang murah sebab dia nak attract pembeli. Second launch biasanya harga naik mendadak.

PR1MA biasanya akan jual at least 20% lebih rendah dari harga developer.

Anonymous said...

Rasanya PRIMA harga dlm 180k kot. Tapi x taulah kalo pakatan rakyat menang.. Mungkin percuma kot.. Negara berkebajikan..

Anonymous said...

Berapa kaki keluasan umah ni ye? Built up?

Anonymous said...

maybank bg BLR bpe

Anonymous said...

Rumah layangkasa ni tempoh 99tahun je.. Lepas tu dah kena roboh.. Sbb dia LEASEHOLD, sbb tu harga murah.. Pemaju xbeli pn tanah ni, just sewa dr Sabah Developement bank berhad. Wlaupn umur kita xsmpai 99thn tp ank cucu kita?

udin said...

Banyak yang leasehold. Taman Bukit Dahlia, Taman Mawar pun leasehold. Majoriti rumah-rumah yang baru semua leasehold. Buka semestinya leasehold kena roboh. Semua atas budi bicara pemerintah pada masa itu. Orang setinggan yang ceroboh tanah kerajaan pun boleh dapat geran dan ada yang dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Inikan lagi mereka yang berhabis ratusan ribu untuk beli rumah. Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

mcm ner nk beli rumah tu ekh.. sape2 blh tlg jelaskan x
mcm menarik rumahnye

udin said...

Try tipon Donald 0126651330. Tanyalah kot2 masih ada unit yg tinggal lagi..

Anonymous said...

Sy guna loan gov tuk umah ni..Alhandulillah dah approve...kenapa yer???

Anonymous said...

Kalau dia amik umah tu n roboh skalipun..dia akan bg pampasan dr pengetahuan saya apa yg dimaklumkan oleh developer..

Anonymous said...

salam, nak tanya kalau nak apply loan gov tu camne ye?

Unknown said...

Asalamulaikum, utk projek 1st phase kena pastikan pemaju ada buat loji kumbahan. Ini penting utk keyakinan kewangan pemaju. Harap maklum.

Unknown said...

https://www.facebook.com/KomunitiLayangkasa

.::intanshafila::. said...

Maaf sye nk tnyeee..rumah nie skrg brape market value diee..utk 2016

Anonymous said...

Market 2016 dari hrg RM185k.

dunia ibu twins said...

ASSALAM

saya baru sajer buat pemilihan unit utk bandar layangkasa under PR1MA sabtu lepas 14/5/16
tapi mcm membebankan rakyat jerk..
harga rm250k++ utk umah tengah..klau corner lot lagi lahai.. bulanan dia rm1200k lebih kurang..terpikir dan trs terpikir..

Unknown said...

Assalamualaikum.puan. .ye ke..baru tarik undi...saya bulan 1 pilih rumah...Alhamdulillah. .hari ni dah sain snp dgn peguam di pasir gudang. ..rumah dah hampir siap..kerja wiring n penurapan jalan raya sedang dijalankan

Unknown said...

Makna nye ada yg tarik diri n loan xlepas utk beli rumah pr1ma ni..saya pun pgilan yg ke dua. Pada 30.1.2016....geran tanah semua dah siap...harga 200k..bumilot...selama 4 bln menunggu utk sing snp..sdkan loan pada bln 2 dh settel...

LKPG said...

Br jual rmh ni rm250k..adana 2...sbb dh pndah n9...

LKPG said...

250k....hujung tahun ni boleh smpai 280k ke 300k...

LKPG said...

Br jual rmh ni rm250k..adana 2...sbb dh pndah n9...

Anonymous said...

Sye pon baru cabut undi may 2016.. loan pon da lepas,,, tpi mcm ragu2 lg,, tiap2 hari cari info pasal layangkasa ni.. gambar pon xbyk. nk pegi showhouse baruni pon die xbg masok

Anonymous said...

Ade 1 lg nak tye. legal fee sume da include skali 110% kan.. yg kite kne bayar stamp duty btol x?

Unknown said...

Rumah ok kot...

azliza said...

assalam nk tanya rumah ni leasthold ke freehold? sbb suami sy pon dpt pemilihan unit pada minggu dpn.

azliza said...

assalam nk tanya rumah ni leasehold ke freehold? sbb suami sy pon dpt pemilihan unit pada minggu dpn. Masih ragu2 samada nak pergi @ tak. sapa2 yg dh pergi boleh bgtau?

Unknown said...

saya dapat tawaran untuk memiliki rumah kat sini klu minat kena putskan hingga jam 10am esok...harga 209k..tak tau keadaan camne. tak pernah dengar lagi layangkasa ni..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sis beli x rumah kat layangkasa?

Unknown said...

Sis beli x rumah kat layangkasa?

Anonymous said...

Boleh saya tahu, adakah encik membeli rumah ini di bawah PR1MA? Sekiranya ya, adakah sewaktu tanda tangan S&P, kos guaman termasuk stamp duty ditanggung oleh pihak PR1MA. Atau ada sebarang bayaran dikenakan?

Unknown said...

Sy pembeli rumah layangkasa ni. Lepas sign SNP, kite kene byr miscellaneous fees kt lawyer. Ni utk wat carian,MOT tu seme. Dlm 800++ jugak laa.. standby je duit.

Loan agreement fee sy masukkan sesiap dlm loan umah.

Unknown said...

Jual berapa harga tuan?

Unknown said...

Kepada semua pemilik rumah layangkasa jika nak jual sila hubungi saya..saya agen hartanah berdaftar Ren:14585
Hp:0123989958

Anonymous said...

Assalamualaikum pada pemilik rumah layangkasa,klau nk jual tolong bg tau sy ye ..sy sedang mencari rumah ..01139667691 lia

lavender salad said...

puan..ade tak nombor phone developer?blh share tak?atau wassap sy 0124940609..sy baru beli rmh, adana 2, subsale..rmh ade kerosakan..owner asal ckp rmhasih under warranty.

Anonymous said...

da siap lom hospital?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...