Tuesday, January 15, 2013

Buang batu karang hempedu tradisional

Tarikh 20/12/2012, hari jadi ummi ke-30... Dah byk juga umur tu. Selamat ulangtahun dan semoga dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikuatkan semangat untuk menghadapi hari2 yang mendatang dengan penuh sabar selepas peristiwa 5 November 2012 yg lepas..

Sebenar bukan nak cerita pasal jari jadi... Tapi pasal buang batu karang yang dah bersarang kat hempedu. Batu karang ni disedari ada kat hempedu sejak masa mengandungkan Najmi dulu. Empat hari juga terlantar kat HSA jb sebab batu karang ni. Tapi tak boleh buat ape sebab tgh mengandung. Sampailah ummi kemalangan ari tu batu karang tu masih kukuh bersarang kat hempedu, malah makin membesar.

Masa bulan 12 ari tu ummi ada appoinment batu karang ni kat HSA jb. Hasil pemeriksaan doktor ckp kena buat pembedahan, tak boleh buat Laparoskopi sebab takut ada komplikasi akibat pembedahan masa kemalangan ari tu. Asyik dah bedah je.. Sebab tu kami ambil keputusan utk buang secara tradisional.

Mula2 tu kami nak buat kat Melaka. Ustaz batu karang yg glamer kat durian tunggal tu. Tapi masa malam nak pegi tu check balik rupanya hari Rabu 20hb tu tak bukak. Kebetulan ada kawan cadangkan bawak pegi kampung permatang duku kat Benut utk buang batu tu.

Jadi pagi2 20hb tu kami bertolak ke Kampung Permatang Duku Benut dengan membawa harapan menggunung utk buang batu karang tu. Sampai je depan rumah Hj Ramdzan ni... Kami disambut dan kebetulan hujung minggu tu Hj Ramdzan ni nak melangsungkan majlis kawin cucunya. Maka ramailah orang bergotong-royong pasang balai masa tu. Tapi orang yg dptkan rawatan cuma ummi je.. Takdepun orang lain.

Mula2 dia scan guna limau nipis yg telah dibelah kat bwh buku lali kaki kanan. Dia ckp byk toksin ni... Kena buang dulu baru bole buang batu karang tu. Aku diam aje masa tu. Pastu dia cakap upah buang batu RM200.00. Fuh! Mahalnye... Ada pulak upah. Dengar kawan2 ckp dgn baca kat blog bagi seikhlas hati. Tapi kenyataannya keluarkan batu RM200 belum campur duit ubat. Terus aku terdiam. Dia ckp dia bukan bomoh. Kalau yang kat Melaka tu bomoh besar. Ada juga yg dah buat rawatan kat melaka dtg jumpa Hj Ramdzan untuk buat rawatan susulan. Katanya bomoh kat Melaka tu hanya boleh keluarkan sebiji batu utk sekali rawatan. Tapi dia ni boleh keluarkan sekali hadap je. Untuk meyakinkan kami, dia tunjuk buku2 pelawat yang ditulis oleh semua orang yg pernah dtg buat rawatan dgn dia ni. Termasuk kerabat sultan Brunei pun pernah datang kesini. Entah betul ke tak aku pun tak tau.

Pastu dia gelek2 telur kat rusuk kanam Ummi. Kemudian pecahkan telor tu ada nampak merah2 kat isi telor tu. Kolesterol dgn darah kotor katanya.



Pastu gelek2 lagi telur lagi sebijik kat rusuk tu. Pastu pecahkan telur ada pulak nampak putih2. Dia suruh Ummi cari sendiri batu tu. Jumpa batu 2 biji. Tapi rasa lain macam sikit sebab rupa batu tu mcm batu karang dilautan.







Tapi aku positifkan aje masa tu. Harap2 hilang betullah batu kat hempedu tu. Lepas tu dia bagi ubat2 herba utk di makan. Harga ubat RM 212.00 sahaja. Ye, RM 212.00 sahaja. Campur upah keluar batu karang, semua RM 412.00 sahaja. Memang tak disangka2 kena byr camtu byk sekali. Ingatkan tak habis 200 berubat kampung ni. Tapi nak buat macamana dah terlanjur. Dlm hati aku tetap cuba positifkan yg batu tu dah betul2 hilang. Kalau betul hilang berbaloilah juga aku hantar Ummi ke Permatang Duku ni. Kalau buat kat Hospital pakar pun kena byr co-insurance RM1000.00. Jimat RM600.00. Lagipun perut baru kena bedah. Tak bagus kalau kena bedah lagi..







Pada 9 Januari 2013, kami pegi jumpa Dr Pakar utk sahkan batu tu ada lagi atau tak. Keputusan scan menunjukkan masih ada lagi batu kat hempedu Ummi. Menurut Dr tu, batu tu tak mungkin keluar dari hempedu. Kalau dari pundi kencing mungkin juga. Sebab bentuk batu dari hempedu 100% lain dari batu yg dikeluarkan. Siap Dr ckp dia pun boleh kaya kalau jual batu dari hempedu. Dia boleh supply batu2 tu kat mana2 bomoh batu karang. Ralatnya lah buang batu cara kampung ni. Inilah kali pertama kami berubat cara kampung dan inilah juga kali terakhir kami berubat cara kampung.

Nampaknya kena buang juga pundi hempedu Ummi tu. Dr Lee dari Hospital Penawar tu ckp dia boleh buat Laparoskopik. Tak perlu nak bedah. Harap2 betullah boleh buat Laparoskopik. Tunggu ummmi betul2 recover baru buat Laparoskopik tu...isk..

Batu karang hempedu telah hilang. Sila ke link ini.
posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Test Drive Nissan Almera

Hujung bulan Disember 2012 adalah minggu yang paling sibuk untuk kami. Ini adalah kerana kami perlu membuat keputusan untuk beli rumah dan lain-lain perkara yang perlu diputuskan sebelum menjelang 2013. Selepas kehancuran kereta VIOS pada 5hb November 2012 yang baru kami gunakan selama 5 bulan, kami perlu pertimbangkan untuk beli kereta lain untuk gantikan VIOS tu. Kalau tahun 2009, Ummi pilih Proton Persona dan tahun 2012 aku pilih VIOS dan kali ini aku beri kebebasan sepenuhnya untuk Ummi pilih kereta apa yang nak kami beli. Ummi dah fobia kereta terpakai. Lagi satu fobia dengan warna hitam. Tapi kereta hitam lah yang aku suka. Tapi takpelah, biarlah kali ini Ummi yang pilih.


Pada 26/12/2012 kami test drive Nissan Almera VL. Dan terus Ummi berkenan dengan kereta tu. Dah booking pun kereta tu. Harga RM 81,300 termasuk body kit Impul. Warna putih. Full spec. Dah test drive Honda City pun Ummi masih idamkan Nissan Almera. Lebih luas dan selesa katanya. Aku ok ajelah. Janji Ummi suka dan rasa selamat bila memandu.



Sekarang tunggu loan approve dan dalam masa sama tunggu claim total loss VIOS selesai. Claim total lost tu sebenarnya kalau ikutkan dah selesai pun. Tapi aku ambik keputusan untuk buat rayuan kes tu. Manalah tau boleh dapat claim lebih lagi. Kena la tunggu lagi 2 minggu untuk settle kes tu. Harap-harap semua settle menjelang Februari 2013. Insyallah...

Bandar Layangkasa Masai

Minggu lepas aku sign loan dengan Maybank Masai utk beli rumah kat Bandar Layangkasa, Masai. Mungkin ramai yang tak tau kat mana Bandar Layangkasa ni. Kalau siapa yang tahu Felda Cahaya Baru Masai maka taulah Bandar Layangkasa tu kat mana. Bandar Layangkasa terletak diantara Jalan Masai dan Kong Kong. Jauh jugalah dari Pasir Gudang. Tapi dekat pulak dengan Lebuhraya Senai Desaru.

Antara Public Bank, Bank Islam & Maybank, nampaknya aku lebih prefer Maybank Islamic. Sebabnya Maybank ni offer minus BLR yg lebih besar dari Public Bank dgn Bank Islam. Lagipun gaji masuk Maybank. Senang buat instruction utk payment nanti.


Aku harap ini adalah pilihan yang betul kerana aku dah takde pilihan sebenarnya. Rumah kat area Seri Alam ni tak termampu nak beli. Mahal sangat. Tak padan dengan saiz. Dari segi lokasi memang kedudukan Bandar Layangkasa agak jauh dari Bandar dan juga jauh dari tempat kerja. Tapi dari segi saiz rumah dan harga memanglah berbaloi untuk orang-orang yang baru nak merangkak menempuh kehidupan yang serba mencabar ni. Lama dah kami fikir utk beli rumah ni. Kalau tak silap aku booking rumah ni masa bulan October 2011. Dah setahun lebih dah. Masa mula-mula projek rumah ni dilancarkan. Dan aku dah pernahpun tarik balik pun booking tu. Tak jadi beli. Mungkin jodoh utk aku beli rumah kat Bandar Layangkasa ni kuat, maka aku pun beli balik rumah tu. Tapi tak dapatlah lot yang aku booking dulu. Nasib baik dapat harga spesial masa pelancaran projek dulu. Loan 100% sebab pemaju (Cahaya Bumimas Sdn Bhd) mark up harga rumah utk dpt full loan.



Rumah ni sebenarnya under market price sebab lokasi dan pemajunya pun baru. Rasanya belum ada pengalaman lagi kot. Disebabkan pemaju barulah aku was-was utk beli masa tu. Tapi bila tengok ada progress baru aku berani utk beli rumah ADANA 2 ni. Jangkaan siap April 2014. Tapi sampai hari ini yang aku nampak cuma ADANA 1 je yang naik. ADANA 2 belum nampak lagi batang hidung. Utk makluman, ADANA 2 ni besar sikit binaan dia dari ADANA 1. Tapi saiz tanah sama kot. Kalau tak silaplah. Mintak-mintaklah tahun depan tu siap rumah ni. Dan aku harap juga pilihan aku ni betul dan tepat dan tak membuat aku menyesal seumur hidup.

Tuesday, January 1, 2013

Vios Total Loss

Kereta Vios kami dah confirm total loss. Rosak terus sangat. Kalo repair x cukup 40k.. Tu pun nti x boleh masuk barang ori toyota. Masuk barang halfcut dgn seken je.. Pastu value tinggal 10k je... Condition lps repair pun x tau lg. Yang pasti dah tak sempurna la..







Pihak AMG Assurance masih tunggu approval dari manager diaorg utk claim kete ni. Tak tau lg berapa insurans byr. Harap2 dapat la cover dekat2 60k. Kalau tak banyak la yg kami kena byr kat Public Bank nanti... Sekarang ni byr bulan2 free je... Kete pun consider dah xde.. Harap2 la dpt cepat settle kes ni... Sekurang-kurangnya duit byr bulan2 tu bole buat byr kete lain nanti...
posted from Bloggeroid

Ummi lapor diri sekolah baru

Hari ni 01.01.2013... Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ni membawa keberkatan dan kebahagiaan kpd kami. Sekarang ni kami sedang melalui tempoh yg sukar dlm hidup kami. Insyaallah kami akan bangkit...

Hari ni Ummi kena lapor diri kat sekolah kebangsaan seri alam 2. Walaupun msh dlm MC kena lapor diri juga.



Besok lak Ninis kena lapor diri kat tadika baru... Tadika Restu Bandar Seri Alam... Dekat je dgm sekolah Ummi. Ape2 hal Ummi boleh lari pg tadika Ninis... Dia ckp tadika Sayang Si Manis tak best. Pakai skirt pendek... Ninis malu katanya...

Besok juga Ummi kena check up kat Hospital Penawar... Rasanya sambung lg MC kot... Belum kuat lg... Jln pun masih terkedek-kedek. Nak mengajar camne.. Naik tangga pun bertahun... Xpelah... Sambungla MC lg...

Lamanya Ummi lapor diri... Dah penat tunggu ni... Kerja lak tu... Kitaorg lepak dlm kete je tunggu Ummi... Cpt la Ummi..



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...