Monday, November 12, 2012

Kemalangan Ngeri Tak Terduga

Kemalangan berlaku pada hari Isnin yg lepas (5/11/2012). Bila terima panggilan dari ummi ingatkan kemalangan kecik. Tapi bila tengok keadaan kereta tu jadi macam tak percaya perkara macam ni berlaku pd kami.

Alhamdulillah Ummi selamat.. tapi Ummi mengalami kecederaan dalaman. Dah selamat dibedah pada malam kejadian. Pada ketika dan saat ini Ummi masih berada di Hospital Penawar Pasir Gudang untuk menerima rawatan. Tak tau lg bila boleh keluar.

Anak kecil kami genap 4 bulan pada hari ini. Terpaksalah berpisah sementara dengan Ummi dia. Takpelah, asal selamat. Nampaknya kehidupan kami untuk tempoh beberapa bulan mendatang ni akan menjadi agak tak keruan.

Kereta pulak tak tau lg statusnya. Samaada total loss ataupun repair. Masih dalam perbincangan dgn pihak insurans.

Semoga peristiwa ini menjadikan kami lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan mendatang.










posted from Bloggeroid

3 comments:

shumadie said...

Buat operation utk keluarkan ape tu?

shumadie said...

Buat operation utk keluarkan ape tu?

udin said...

Keluarkan darah beku, omentum yang rosak, appendix dan juga menjahit lemak yang terkoyak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...