Thursday, November 15, 2012

cetusan hati ummi

Ya Allah terima kasih Kau telah memberikan peluang hidup kali ke 2 untuk ku........ Aku bersyukur kerana masih berpeluang menghirup udaramu, berpeluang melihat wajah, memeluk dan mencium suami dan anak-anakku... Aku bersyukur masih berpeluang mencium tangan mak dan abahku... masih berpeluang melihat adik beradik,sanak saudara dan rakan disekelilingku............ aku redha dengan ujian Mu... Kau ampunilah dosaku dan dosa orang disekelilingku.... semoga aku semakin tabah dalam mengharungi segala ujian dan dugaan mu sepanjang hidupku... aku sedar ada hikmah di atas ujian Mu ini... Aku sayang suami dan anak-anakku..Terima kasih kerana Kau masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan bersama keluargaku... Ayah... Nis... Najmi... Ummi sayang sangat kalian...Ya Allah panjangkan lah usiaku..panjangkanlah usia suami dan anak-anakku...Semoga kami sentiasa bahagia dan sihat sejahtera.. Semoga kami sentiasa di bawah lindungan Mu..panjangkanlah usia ibu bapaku... sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewakt7u kecil dahulu.. Amin.

Monday, November 12, 2012

Luahan Hati Seorang Kakak

Lukisan ni aku jumpa masa baca surat khabar. Dia sorok dlm surat khabar tu la kot, biar takde siapa yg jumpa. Terfikir juga mcmana budak umur 5thn boleh meluahkan perasaan dengan cara melukis.

Mungkin dia kini rasa kurang di sayangi dan kurang diberikan perhatian. Maklumlah, umur dekat 5 tahun baru dapat adik. Takpelah, kami akan sedaya upaya tidak meminggirkan Ninis dalam apa jua keadaan.. insyaallah.



posted from Bloggeroid

Kemalangan Ngeri Tak Terduga

Kemalangan berlaku pada hari Isnin yg lepas (5/11/2012). Bila terima panggilan dari ummi ingatkan kemalangan kecik. Tapi bila tengok keadaan kereta tu jadi macam tak percaya perkara macam ni berlaku pd kami.

Alhamdulillah Ummi selamat.. tapi Ummi mengalami kecederaan dalaman. Dah selamat dibedah pada malam kejadian. Pada ketika dan saat ini Ummi masih berada di Hospital Penawar Pasir Gudang untuk menerima rawatan. Tak tau lg bila boleh keluar.

Anak kecil kami genap 4 bulan pada hari ini. Terpaksalah berpisah sementara dengan Ummi dia. Takpelah, asal selamat. Nampaknya kehidupan kami untuk tempoh beberapa bulan mendatang ni akan menjadi agak tak keruan.

Kereta pulak tak tau lg statusnya. Samaada total loss ataupun repair. Masih dalam perbincangan dgn pihak insurans.

Semoga peristiwa ini menjadikan kami lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan mendatang.










posted from Bloggeroid

Sunday, November 11, 2012

VIOS dah hancur berderai...

Isk... sedih sgt. Alhamdulillah Ayu selamat.
Tengoklah keadaan kereta kami ni... Allah masih beri peluang kepada kami untuk membina kehidupan...













posted from Bloggeroid

Saturday, November 10, 2012

Vios Test Drive

Test drive kereta VIOS sekitar May 2012.
Trade in Persona yg ketika itu baru nak menginjak usia 3 tahun.
Persona guna gear manual, tukar VIOS auto. Maklumlah, masa tu mengandung anak ke2.



Teruja...



Harga sekitar 62k...
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...