Thursday, August 18, 2011

Semangat Merdeka, Hanya Melayu Sahaja...

Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita bakal meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-54 pada 31 Ogos 2011. Namun pada tahun ini, Hari Kebangsaan akan bertembung dengan Sambutan Hari Raya. Kalau kita lihat, kibaran Jalur Gemilang pada tahun ini amat mengecewakan. Mungkin umat Islam lebih menumpukan kepada amal ibadah dan persiapan menyambut hari raya. Jika begitulah keadaannya, kemana pula kibaran Jalur Gemilang oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia ni. Menurut pemerhatian saya saban tahun, pengibar Jalur Gemilang rata-rata hanya terdiri dari bangsa Melayu sahaja. Tak pernah pula nampak golongan muda bangsa cina ataupun India berbasikal, bermotorsikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Yang berkereta pula tak nampak pun pasang stiker ataupun paling tidak letak bendera kecil dalam kereta. Tidak pernah pula kedengaran parti politik seperti MCA, MIC dan lain-lain yang berteraskan kaum melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang mahupun kempen cintakan negara. Malah insan hina yang merosakkan lagu negaraku dengan mengubah lirik yang mengandungi unsur-unsur sensistif dan menghina negara dengan tajuk Negarakuku telah dibela oleh MCA dan kini bebas berkarya diarena hiburan negara. Siapa yang tidak kenal dengan Namewee, seorang pemuda berbangsa cina yang membakar sentimen perkauman dan agama di Malaysia dan kini mendapat dana dari kerajaan untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0.

Mungkin bagi kaum cina dan india ni, kemerdekaan hanya untuk orang melayu sahaja kerana pejuang-pejuang kemerdekaan hanyalah dari bangsa melayu yang kini dengan mudahnya diperkotak-katikkan dengan sokongan parti-parti politik berteraskan kaum dengan mengugut kerajaan untuk memenuhi semua tuntutan mereka dan kerajaan pun dengan lemah lututnya memenuhi semua permintaan mereka. Dengan kuasa politik melayu yang kini semakin menguncup keperkasaannya, ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin meruncing bakal mengundang bala yang lebih besar kepada bangsa melayu di bumi Tanah Melayu ini.

Sekitar taman perumahan yang saya diami, tiada satu rumah bangsa Cina mahupun India mengibarkan bendera Malaysia. Mengapa mahu menggelar bangsa ini sebagai bangsa Malaysia, sedangkan mereka tidak berbangga pun menjadi warganegara Malaysia. Dulu semasa zaman saya bermotorsikal, pastinya setiap menjelang hari kebangsaan motorsikal tersebut akan dihiasi dengan stiker Jalur Gemilang. Bukan untuk mencantikkan motorsikal, tetapi untuk menunjukkan yang saya ni bangga menjadi anak Malaysia.

Mungkin mereka ini (bangsa cina & India) menunjukan kebanggaan mereka sebangai rakyat Malaysia dengan cara yang berbeza. Tetapi saya tidak nampak dimana mereka zahirkan kebanggaan dan penghormatan mereka itu. Mungkin mereka mengibarkan Jalur Gemilang di dalam rumah ataupun didalam hati mereka sahaja. Mungkin juga silap sistem pendidikan yang membenarkan sekolah aliran cina dan India beroperasi yang boleh mengikis semangat kenegaraan berikutan tiada penekanan terhadap Bahasa Melayu dan semangat cintakan negara. Berbeza sekali dengan negara jiran kita yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain yang mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi maruah negara.

Walaubagaimanapun, kepada semua rakyat Malaysia, kita semua patut berbangga menjadi rakyat Malaysia walau siapapun parti pemerintah kenana negara tidak merujuk kepada mana-mana parti politik. Semoga kita semua berjaya memerdekakan diri dari unsur-unsur yang negatif yang boleh menghancurkan masa depan kita sendiri. Selamat ulangtahun kemerdekaan ke-54.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...