Thursday, August 18, 2011

Kopi Kluang & Kek Lapis Sarawak

Kalau sebut Kopi Kluang Rail Coffee pasti sebagahagian besar rakyat negeri Johor sangat kenal. Mungkin dikenali dengan rasa kopi yang enak dan berkrim yang di hidang dengan roti butter yang lemak berkrim ataupun kini lebih mudah dikenali dengan kopi babi. Ye, serbuk Kopi Kluang Rail Coffee dan butter sapuan roti telah disahkan mengandungi DNA Babi oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) sekitar Mac 2011 . Dulu ada kedai Kluang Rail Coffee di Plaza Kotaraya JB, namun kini kedai tersebut telah pun ditutup dan tidak lagi beroperasi. Patutlah sedap semacam kopi tu. Kalau pergi Kluang tak sah kalau tak singgah ke Stesen keretapi Kluang untuk menghirup kopi Kluang ni. Kalau tengok gambar-gambar yang dipamerkan di kedai ini, ramai orang-orang kenamaan pun telah menikmati kelazatan kopi Kluang ni. Majoriti pelanggan Kopi Kluang ni beragama islam. Nampaknya dakyah mereka memperdayakan orang islam telah berjaya. Untuk rekod, butter yang digunakan olek Kluang Rail Coffee ini adalah 'Golden Churn Creamy Butter' yang diimport dari New Zealand. Memang ada logo halal tapi logo yang tidak di sahkan oleh mana-mana badan yang mengeluarkan sijil halal.

Namun setelah beberapa bulan berikunya, kecoh pula kek lapis Sarawak dikesan ada DNA Babi. Rupa-rupanya, pengusaha kek lapis Sarawak ini menggunakan Butter 'Golden Churn Creamy Butter'. Nampak sangat pengusaha kek lapis Sarawak ini tidak prihatin tentang halal haram bahan-bahan penghasilan produk mereka. Kenapa tak cari produk yang mempunyai logo halal yang diiktiraf?. Kini mereka beralih kepada produk 'Buttercup' yang ada pengesahan halal yang diiktiraf. Namun saya tertanya-tanya, kemana perginya kek lapis Sarawak yang telah dihasilkan daripada butter yang cukup berkrim itu (Golden Churn Creamy Butter). Adakah masih berada dipasaran ataupun sudah berada di tong sampah?. Secara logiknya, pengeluaran akan dibuat secara besar-besaran sebelum Hari Raya bagi menampung permintaan yang tinggi penggemar kek lapis ini. Jadi, pastinya kek lapis yang menggunakan butter babi tersebut telah dihasilkan dengan banyaknya. Mungkin juga kek lapis yang berada di pasaran semenanjung sekarang ini adalah dari generasi butter babi. Justeru itu, awas kepada penggemar kek lapis Sarawak, babi sedang berusaha untuk bersatu dengan anda. Carilah makanan yang halal, kerana mencari yang halal itu wajib bagi umat islam.

Nota : Penjualan produk Golden Churn Creamy Butter masih berleluasa di pasaraya-pasaraya seluruh negara. Malahan diletakkan bersama-sama bahan-bahan membuat kuih muih sempena promosi Hari Raya. Mohon pihak tertentu buat pemantauan di Pasaraya Jiason, Bandar Seri Alam, Masai kerana produk Golden Churn Creamy Butter dipamerkan bercampur produk halal yang lain. Mohon pengaharaman produk Golden Churn Creamy Butter ini di hebahkan di TV dan Radio kerana masyarakat kita (Melayu) kurang minat membaca kecuali berkaitan sukan dan hiburan sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...