Monday, June 17, 2013

Kegagalan Laparoskopik batu hempedu

Ummi sekarang ni dah takde hempedu dah. Hempedu dah kena buang sebab sudah membengkak dan ada batu-batu yang sudah pecah yang boleh memudaratkan. Belum tau lagi apa kesannya atau keburukannya kalau dah takde hempedu ni. Aku percaya hempedu ni ada fungsi yang penting dalam tubuh badan kita. Setiap kejadian yang dijadikan itu pasti ada fungsinya yang tersendiri. Yang aku tau, hempedu ni berfungsi sebagai penapis atau pengurai lemak dan minyak. Oleh itu kalau hempedu dah tiada kerja-kerja hempedu akan diambil alih oleh hati dan jantung. Maka beban tugas yang dipikul oleh organ-organ tersebut semakin berat dan mudah untuk terjejas. Entah betul atau tidak kena buat kajian lagi.

Alhamdulillah pada dan 7.00 petang hari Jumaat 14/06/2013 Ummi telah selamat di bedah setelah melalui proses kegagalan Laparoskopic berikutan kesan kemalangan 7 bulan yang lepas. Pembedahan perut akibat kemalangan tersebut telah menghadkan fungsi laparoskopic tersebut yang mana banyak organ dan dan bahagian-bahagian dalam perut melekat dan hempedu tidak dapat dicapai dan dibuang melalui kaedah ini.

Justeru, Dr Lee, pakar bedah di Hospital Penawar Pasir Gudang telah membuat keputusan untuk membuat pembedahan atau belahan di bawah rusuk kanan untuk mengeluarkan hempedu tersebut bagi mengelakkan komplikasi lebih teruk kepada Ummi.

Hari ini dah masuk hari ke-5 Ummi duduk di wad Hospital Penawar Pasir Gudang. Nasib baiklah kami dilindungi insurans. Bayangkan kalau kami tidak dilindungi Insurans tapi perlu menempuh saat-saat dimasukkan di wad kecemasan Hospital Penawar yang memang terkenal dengan caj nya yang mahal. Mungkin masih ramai yang masih mengambil ringan keperluan insurans dalam kehidupan masa kini yang sangat terdedah dengan penyakit-penyakit yang tidak disangka-sangka akan kita hidapi bahkan sekiranya kita ditimpa kemalangan adakah kita bersedia untuk menerima khidmat Hospital Kerajaan yang terlalu sibuk dengan terpaksa menempuh kerenah birokrasi yang bukan semua orang mampu menghadapinya. Aku akan menulis mengenai peri pentingnya Insurans dalam kehidupan kita kerana aku telah mengalami saat-saat kecemasan yang tidak dijangka sama sekali dan insurans telah membantu aku sekeluarga dari dibelenggu hutang dan mendapat khidmat perubatan yang lebih baik berbanding Hospital kerajaan.

Semoga Ummi cepat sembuh dan semoga kami lebih tabah dalam menempuh dugaan-dugaan yang mendatang. Harapan aku, semoga kehilangan hempedu ini tidak mengganggu kesihatan Ummi dan kami boleh hidup dengan gembira dan membina kehidupan yang ceria.

4 comments:

Anonymous said...

Salam. Boleh ceritakan lg keadaan umi.adakah sembuh seprti sediakala atau sebaliknya.

udin said...

W'salam.. sekarang ni masih dlm proses pantang. Mcm org lepas bersalin. makan pun kena jaga. Kesan luka pusat yang ditebuk masih berair dan belum kering. Kesan luka belahan bawah rusuk nampak cantik tapi masih ada rasa sakit dibahagian dalam. Secara umumnya, kesan akibat pemakanan yang biasa belum dirasai kerana makan hanya makanan yang biasanya dimakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang. MC pun dapat sebulan je. Tapi bila dah tiada hempedu ni secara langsung corak pemakanan pun kena berubah. Dah tak boleh makan makanan yang berminyak dan berlemak berlebihan. Semoga semua berjalan dengan baik dan sempurna seperti apa yang diharapkan.

Unknown said...

Hi,
Semoga segalanya berjalan lancar. I doakan. Namun ummi itu wife atau ibu sudara?

udin said...

Dreambox JB... isteri saya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuma kena jaga makan untuk masa depan. Apa yg saya tahu, fungsi hempedu akan diambil alih oleh hati. Jadi untuk tidak membebankan hati, cara pemakanan harus dititik beratkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...