Wednesday, May 8, 2013

Pasar Karat Rengit

Sesiapa yang pernah sampai ke Pekan Rengit pasti tahu akan kewujudan tempat menjual barang terpakai. Yang tak pernah sampai pun dah banyak yang tahu akan kewujudan tempat ni. Pembeli barangan ini tidak terhad kepada orang Johor. Tapi sehingga negeri-negeri pantai timur dan utara Malaysia. Mereka yang datang ni akan membawa lori dan akan memborong sebanyak mungkin barangan ni dan akan dijual balik ditempat mereka.

Kawasan jualan barangan terpakai ni terletak di kuala sungai rengit. Peniaga barangan ini terdiri daripada masyarakat orang asli laut yang juga dikenali sebagai orang kuala oleh masyarakat tempatan. Barangan yang dijual terdiri dari perkakas rumah, perabot, barangan elektrik, kasut, peralatan bayi dan banyak lagi dan semuanya barangan terpakai yang dibawa masuk dari Singapura. Seperti sedia maklum tempat pembuangan sampah di Pulau kecil ni sangat terhad. Justeru mereka akan mengeksport 'sampah' mereka ini ke luar negara dan negara yang bersedia menerimanya adalah Malaysia. Menjadi polisi masyarakat Singapura yang majoritinya tinggal dirumah flat, mereka hanya menggunakan barang-barang rumah mereka terutamanya barangan elektrik mengikut tempoh-tempoh tertentu. Contohnya lima tahun. Selepas itu mereka akan melupuskan barangan tersebut kerana menurut mereka tahap kecekapan penggunaan barangan tersebut sudah tidak efisyen.

Walaubagaimanapun, banyak orang yang menerima manfaat dari lambakan barangan terpakai ini. Selain menjadi sumber penghasilan utama masyarakat orang asli Rengit, ia memberikan peluang kepada masyarakat umum untuk memiliki barangan keperluan pada harga yang agak murah.



Sebagai anak jati Rengit, saya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat sendiri suasana jualan barangan terpakai yang boleh digelar pasar karat dan tidak seperti di Johor Bahru yang pasar karatnya hanya menjual sedikit sahaja barangan terpakai dan banyak menjual barangan dari China.


posted from Bloggeroid

1 comment:

ina said...

AS-SALAM,
Sis, Since you memang asal dari Rengit, why dont u pick up several useful and good item for online selling? perhaps ramai org macam sy yg xberkesempatan g sana boleh shop online dr u? provided u mark up sket harga untuk cost cleaning, make -up, sorting n shipping sekali. what do u say? bestnya kalo dpt beli brg kat situ. uwaaaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...