Tuesday, May 21, 2013

Bandar Layangkasa

Bandar Layangkasa kini sedang rancak dalam pembinaan. Aku jangka peratusan siap 60% la kot.
Tapi jalan masih belum dibuat untuk taman ni. Mungkin tunggu pertusan siap lebih sikitlah agaknya. Fasa pertama Bandar Layangkasa kalau ikut jadual sepatutnya siap pada tahun ini. Tapi kalau tengok gayanya mungkin tahun depan baru siap.



Untuk fasa yang kedua, aku dapat cerita yang kerajaan telah membeli unit-unit tersebut untuk dijadikan unit rumah PRIMA. Harga yang dijangkakan melebihi RM 180,000.00. Masih beruntung untuk mereka yang membeli rumah Bandar Layangkasa ni untuk fasa yang pertama.

Tapi aku dengar, mereka yang membeli rumah Bandar Layangkasa ni sebelum pelancarannya dulu, harga yang ditawarkan lebih murah dari harga yang dilancarkan. Bayaran guaman untuk transfer fee & loan juga dikhabarkan jauh lebih murah. Mereka hanya perlu bayar beberapa ratus sahaja. Aku pulak kena bayar lebih kurang 5000.00. Banyak juga bezanya tu. Harga rumah pun beza banyak juga. Berbelas ribu jugalah bezanya. Aku cuma sedar adanya Bandar Layangkasa melalui poster pelancaran tahun 2011 dulu. Kalau tak memang tak taulah kewujudan taman ni.

Dikhabarkan juga, sebuah Hospital akan dibina di Bandar Layangkasa ni. Tapi tahun bila tak taulah. Rasanya mungkin 10 tahun lagi kot. Pembangunan sekitar kawasan Bandar Layangkasa ni nampaknya agak lambat. Mungkin bila dah ada orang yang tinggal kat sini barulah pembangunan tu lebih cepat.

Permasalahan besar yang akan dihadapi mereka yang tinggal di Bandar Layangkasa ni ialah dari segi jaringan jalanraya yang tidak efisyen. Bagaimana mereka yang bekerja di Masai, Seri Alam dan kawasan sekitarnya merempuh kesesakan jalan di Felda Cahaya Baru, Taman Scientex, Pasir Gudang dan Pekan Masai. Telah sedia maklum setiap pagi dan petang akan berlaku kesesakan jalanraya yang teruk di Taman Scientex dan Pekan Masai. Semoga kerajaan dapat memikirkan sesuatu untuk membantu menyuraikan masalah kesesakan ini dengan membina jalan-jalan alternatif yang lain.

3 comments:

Anonymous said...

masuk je dalam kawasan pembinaan...minggu lepas dapat masuk tgk adana 2 dengan kebenaran guard.. best dpt tgk rumah sndiri dalam pembinaan...kalau boleh masuk hujg mggu sebab tak ramai yg keje..

Anonymous said...

Da siap ke rumah puan? perumahan ini dimasukkan dalam PR1MA, ada unit utk sedia dijual? boleh puan comment mcm mana keadaan rumah baru puan tu....

udin said...

Belum dapat kunci lagi... dijanggkakan kunci akan diserahkan pada penghujung Februari atau sekitar Mac 2015. Bergantung kepada kelulusan pihak yang berkuasa.
Rumah PRIMA yang disebutkan adalah merupakan projek Fasa yang ke2 oleh pihak pemaju Bandar Layangkasa yang pada masa ini sedang giat dibangunkan.
dari segi kualiti, rumah kami agak terkebelakang dari segi kualiti kerja dan material yang digunakan. Banyak pengubahsuaian yang perlu dilakukan apabila dapat kunci nanti.
Untuk PRIMA, dikhabarkan binaannya lebih berkualiti dan lebih efisyen kerana dibuat lebih luas dan dengan material yang lebih baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...