Tanggal 14hb March 2011, terjadilah kejadian yang paling tidak diingini terhadap kereta kecik kami, Kancil JHU 865. Kereta ni dibeli pada tahun 2004. Umur dah menjangkau 7 tahun. Namun sepanjang 7 tahun ini, belum pernah pun kereta ni mengalami kemalangan yang serius kecuali yang kecil-kecil sahaja.Nak dijadikan cerita, pada hari Isnin (14/03/11) adik kami Ijam telah memandu kereta tersebut untuk dibawa pulang ke Bandar Penawar kerana pada 25/02/2011 beliau telah mengalami kemalangan yang teruk yang menyebabkan kereta beliau mengalami kerosakan yang teruk dan kini terlantar di sebuah bengkel di Kota Tinggi. Hajatnya nak pinjam kereta kancil la tu. Namun malang berbau kentut, kereta kancil kami yang ingin dibawa pulang ke Bandar Penawar telah berlanggar dengan sebuah kereta Nissan Sunny yang dipandu seorang yang berbangsa cina di simpang empat depan balai polis Bandar Seri Alam. Kereta Nissan Sunny tersebut keluar simpang tanpa melihat kanan dan kiri jalan tersebut. Akibatnya, kereta Kancil yang kecik tu telah merempuh sisi kereta Nissan Sunny yang keras tu. Jadilah kereta kancil tu macam keropok kena goreng... tak pasal-pasal kancil tu yang jadi mangsa. Nasib baiklah si Ijam ni tak cedera apa-apa. kalau tak lagi panjanglah ceritanya.
Buat masa ni, kereta kancil tersebut sedang dibaiki disebuah bengkel di Permas Jaya. Tak taulah bila siap. Yang pasti perkara ini akan membuat kami pening dan huru hara bila cuti sekolah berakhir. Hari Isnin ni Ayu mengajar kat Desa Cemerlang, aku pulak kerja kat Masai. Masa Ayu balik sekolah pulak tak tentu masa. Sudahlah highway Pasir Gudang tu asyik jem je.. Nak hantar anak lagi... isk... penatnya. Dulu sebelum beli kereta lagi satu, perkara ni dah jadi kebiasaan. Tapi masa tu Ayu mengajar kat Johor Jaya. Takdelah jauh sangat.... Leceh kalau accident ni. Kita tak salah pun kita susah, kita tak salah pun boleh mati. Kesimpulannya, berhati-hati di jalanraya. Arrrrggghhh!!!! tensen!!!!!
Saturday, March 19, 2011
Thursday, March 17, 2011
Botol Polikarbonat ? Yang mana satu ye....
Terkejut juga bila ada berita mengatakan botol susu bayi merbahaya kerana boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak. Walaubagaimanapun sebenarnya hanya botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) sebagai bahan utamanya sahaja yang diharam penggunaannya. Bagaimana pula untuk kita mengenalpasti botol tersebut polikarbonat ataupun bukan. Bukan sahaja botol susu, tetapi botol-botol plastik yang lain juga mempunyai kesan yang sama jika menggunakan bahan Bisphenol A (BPA) sebagai bahan penghasilannya. Maklumat lanjut sila baca artikel dibawah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,”
*************************************************************************
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sumber : Laman web rasmi KKM
Subscribe to:
Posts (Atom)