Wednesday, July 16, 2008

Debat : Anuar VS Shabery

P/S : Artikel ni sebenarnya ditulis pada 15 Julai 2008. Terlupa nak post...maklumlah sibuk. Masa ni tengah bengang harga minyak naik....

Malam tadi berlangsunglah debat isu harga minyak. Namun perdebatan tersebut hanya berkisar tentang persoalan kenaikan harga minyak tanpa cuba mencari jalan penyelesaian yang boleh melegakan rakyat. Rakyat masih tertanya-tanya mengapa syarikat-syarikat petroleum selain dari Petronas harus diberikan subsidi sedangkan subsidi itu septutnya dikhaskan untuk Petronas sahaja. Biarlah harga minyak dari syarikat Petroleum lain lebih mahal ataupun setara dengan harga pasaran dunia. Secara tidak langsung rakyat akan mendapat gambaran sebenar akan nilai subsidi yang
diberikan kepada mereka. Mungkin cara ini lebih baik dan efisen untuk menjimatkan subsidi kerajaan. Biarlah rakyat memilih untuk mengisi tangki mereka mengikut kemampuan mereka. Pertanyaan ini tidak dijawab oleh Shabery Chek walaupun nampak berbuih-buih mulut untuk menjawab setiap persoalan. Kita lihat pada hari ini, harga barang pengguna semakin meningkat sehingga tukang jahit di kampung pun menaikkan harga upah jahit baju yang dulu lebih kurang RM35 - RM40 kepada sekarang RM50. Orang kampung pun tahu konsep harga minyak naik, harga barang dan perkhidmatan pun mesti naik. Tapi kalau harga minyak turun, harga barang dan perkhidmatan tidak boleh turun. Isu kenaikan harga minyak ini memang besar pengaruhnya dalam kehidupan kita. Justeru kajian yang mendalam untuk menangani kenaikan harga minyak global amat diperlukan untuk meminimumkan kesan keatas kehidupan rakyat Malaysia yang sudah tepu dengan subsidi. Penarikan balik subsidi secara drastik sebegini sememangnya mengejutkan. Lebih ramai yang memberontak daripada menerima terutama di saat kenaikan harga beras yang melampau lantas dihidangkan pulak kenaikan harga minyak yang terlampau. Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa harga beras kita boleh jadi mahal sebegitu malah terpaksa disubsidikan. Padi kita tanam sendiri, tanah kita punya sendiri, baja kita keluarkan sendiri, mesin memang dah sedia ada senang cerita semua kita buat sendiri. Bukan beras kita untuk eksport keluar negara tapi harga beras kita dihambat dengan harga beras luar negara. Pening orang kampung fikir. Kalaulah ubi tu boleh tahan lama, rasanya tiada masalah nak ganti beras tu. Agak tak logik juga cadangan orang yang bijak pandai ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...