Baru-baru ini kecoh dalam akhbar dan TV mengenai telur tiruan ataupun disebut telur cetak rompak. Sebenarnya perkara ini bukanlah perkara baru. Cuma ia baru disedari oleh sebahagian rakyat Malaysia yang peka terhadap apa yang mereka santap. Teknologi pengahasilan telur ini sebenarnya telah hangat diperkatakan di China sekitar tahun 2007. Penjaja-penjaja kecil di negara tembok besar inipun sangat mahir dalam penghasilan telur ini. Pernah juga saya terbaca artikel mengenai penghasilan kuih pau menggunakan campuran kertas kotak. Pastinya banyak lagi teknologi yang kita tidak tahu dan tidak terfikir sama sekali dalam penghasilan produk makanan yang telah memasuki pasaran antarabangsa dan mungkin juga telah menjadi darah daging kita. Justeru itu, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik atau sudah menjadi perkara yang biasa kita menanggung derita menghidap sesuatu penyakit.
Berikut adalah cara-cara penghasilan telur cetak rompak yang dipraktikkan di China....
Step 3 - Fake Egg Shape
Lepasni kalau nak beli telur kenalah tengok-tengok sikit telur tu. Mungkin dalam satu papan telur ada sebiji atau dua yang bukan keluar dari tongkeng ayam. Kalau ada terjumpa telur-telur cetak rompak ni, cepat-cepat laporkan kepada pihak yang berkenaan kerana secara tidak langsung anda akan membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat. Barulah negara kita membangun dengan cergas....