
Mungkin bagi kaum cina dan india ni, kemerdekaan hanya untuk orang melayu sahaja kerana pejuang-pejuang kemerdekaan hanyalah dari bangsa melayu yang kini dengan mudahnya diperkotak-katikkan dengan sokongan parti-parti politik berteraskan kaum dengan mengugut kerajaan untuk memenuhi semua tuntutan mereka dan kerajaan pun dengan lemah lututnya memenuhi semua permintaan mereka. Dengan kuasa politik melayu yang kini semakin menguncup keperkasaannya, ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin meruncing bakal mengundang bala yang lebih besar kepada bangsa melayu di bumi Tanah Melayu ini.
Sekitar taman perumahan yang saya diami, tiada satu rumah bangsa Cina mahupun India mengibarkan bendera Malaysia. Mengapa mahu menggelar bangsa ini sebagai bangsa Malaysia, sedangkan mereka tidak berbangga pun menjadi warganegara Malaysia. Dulu semasa zaman saya bermotorsikal, pastinya setiap menjelang hari kebangsaan motorsikal tersebut akan dihiasi dengan stiker Jalur Gemilang. Bukan untuk mencantikkan motorsikal, tetapi untuk menunjukkan yang saya ni bangga menjadi anak Malaysia.
Mungkin mereka ini (bangsa cina & India) menunjukan kebanggaan mereka sebangai rakyat Malaysia dengan cara yang berbeza. Tetapi saya tidak nampak dimana mereka zahirkan kebanggaan dan penghormatan mereka itu. Mungkin mereka mengibarkan Jalur Gemilang di dalam rumah ataupun didalam hati mereka sahaja. Mungkin juga silap sistem pendidikan yang membenarkan sekolah aliran cina dan India beroperasi yang boleh mengikis semangat kenegaraan berikutan tiada penekanan terhadap Bahasa Melayu dan semangat cintakan negara. Berbeza sekali dengan negara jiran kita yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain yang mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi maruah negara.
Walaubagaimanapun, kepada semua rakyat Malaysia, kita semua patut berbangga menjadi rakyat Malaysia walau siapapun parti pemerintah kenana negara tidak merujuk kepada mana-mana parti politik. Semoga kita semua berjaya memerdekakan diri dari unsur-unsur yang negatif yang boleh menghancurkan masa depan kita sendiri. Selamat ulangtahun kemerdekaan ke-54.