Wednesday, May 19, 2010

Jom Heboh 2010


Jom Heboh, program kebanggaan TV3 Johor Bahru telah berlangsung di Teluk Danga pada 24 & 25 April 2010 yang lepas. Macam tahun-tahun yang sebelumnya, seperti tiada perubahan dalam penganjuran tahun ini. Pengisian program seperti kebiasaannya. Tiada yang istimewa yang boleh dikenangkan. Kali ini kami pergi bertiga, tahun depan....hehehe... mungkin berempat...insyaallah. Tahun ni, anak kami (Nisrina) telah kehilangan rantai dan loket kesayangannya. Mungkin hilang semasa berasak-asak nak beli barang-barang makanan yang di jual oleh peniaga yang berniaga kat situ.Dah bukan rezeki kami agaknya. Takpelah, ada rezeki nanti beli yang lain. Selain tu sempatlah juga Ayu bergambar dengan pengacara rancangan 'jalan-jalan cari makan'edisi yang dulu. Siapa lagi kalau bukan Maria Tengku Sabri. Personaliti yang lain cuma dapat tengok ajelah...ramai sangat orang. Semasa berjalan-jalan tu, terjumpa booth Permata Hijrah. Terasa juga nak cuba produk Permata Hijrah ni. Tapi tidak berpeluang. Terlampau ramai sangat orang kat situ. Sambil tu kami di hiburkan dengan persembahan Nasyid Hijjaz...Niat dihati nak ambil gambar dengan Munif. Tapi apakan daya, tak dapatlah. Lain kali ajelah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...